PMX SAMBUT MENTERI LUAR INDIA

 







Hari ini saya menerima kunjungan hormat Menteri Luar India Dr S.Jaishankar yang kini sedang dalam lawatan rasmi ke Malaysia. 


Sambil diapit Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, pertemuan itu antara lain membincangkan kerjasama dalam bidang perdagangan, pendidikan, pertanian, pelancongan, pertahanan, digital, dan sains dan teknologi.


Saya turut nyatakan komitmen Malaysia untuk memudahkan penubuhan kampus cawangan Indian Institute of Technology (IIT) di sini selain menzahirkan penghargaan kepada rakan sejawat Narendra Modi kerana membantu Malaysia baru-baru ini sewaktu dilanda kekurangan bekalan beras.


India turut berharap agar hubungan dengan ASEAN, terutamanya apabila Malaysia menjadi Pengerusi tahun depan, dapat terus diperkukuh.


Intiha, saya zahirkan penghargaan atas kesudian Dr S.Jaishankar melawat Malaysia dan juga jemputan Perdana Menteri India, Narendra Modi untuk saya ke sana tidak lama lagi, InsyaAllah.


Moga hubungan Malaysia-India terus berkembang dan mekar demi kepentingan rakyat kedua-dua negara sahabat. 


#MalaysiaMADANI