BETUL KATA RAFIZI, KRITIKAN DR PUAD TERHADAP PADU HANYA KERANA PERIBADI

 

Semalam, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjawab kritikan Speaker Dun Johor, Dr Puad Zarkashi terhadap Padu atau Pangkalan Data Utama.

Menurut Timbalan Presiden PKR itu, kritikan Dr Puad adalah semata-mata bersifat peribadi.

Katanya, apa yang dilontarkan Dr Puad itu adalah gambaran rasa tidak puas hati dengan tindakannya yang lantang mengkritik isu syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebelum ini.

“(Orang politik) yang bising sangat ini Dr Puad saja, kalau Malaysia kaya-raya pun dia tetap tidak setuju dengan saya kerana dulu saya bawa isu 1MDB ketika dia Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

“Selepas itu beliau kalah pilihan raya dan terpelanting dari kerajaan, ini semua berkaitan dengan isu peribadi.

Rafizi berkata lagi, beliau tidak mahu memberi perhatian sangat kepada kritikan yang hanya membabitkan kumpulan kecil terutama yang bersifat peribadi.

Beberapa hari lalu, Dr Puad menyifatkan sistem Padu sebagai gagal kerana sistem kerja, komunikasi dan imej Rafizi yang didakwanya tidak diyakini rakyat.

Meneliti kenyataan Rafizi berkenaan Dr Puad, kita pasti tidak dapat mengelak daripada bersetuju dengannya.

Sejak UMNO hilang kuasa, Dr Puad memang selalu menujukan ktitikannya terhadap Rafizi.

Setelah Rafizi menjadi menteri, meskipun UMNO adalah sebahagian daripada kerajaan madani pimpinan Anwar Ibrahim, apa saja berkaitan Rafizi hampir tidak pernah terlepas daripada kritikannya.

Paling kerap beliau melabel Rafizi sebagai Raja Formula yang gagal.

Mengulang-ulang label yang sama, di sampingnya minatnya yang lebih tertarik untuk mengkritik Rafizi, tentulah tidak dapat dinafikan ia hanya bersifat dendam peribadi semata-mata.

Dr Puad bukan saja berdendam dengan Rafizi kerana keaktifannya mendedahkan skandal 1MDB telah menyebabkan UMNO hilang kuasa, bahkan menunjukkan kegagalan tugasnya selaku Ketua Pengarah Jasa ketika itu.

Sudahlah UMNO hilang kuasa, dia pula hilang kerja…mana tak marah beb!!

Tapi agak pelik kali ini, sebelum ini bila ada saja serangan yang ditujukan terhadapnya, biasanya cepat saja Dr Puad menjawabnya balik melalui media sosialnya.

Namun, semakan dalam media sosialnya setakat pagi ini, Dr Puad masih belum lagi memberi respon terhadap apa yang Rafizi kata terhadapnya.

Kenapa masih senyap?

Tengah koyak teruk ke? ShahbudinHusin 28/03/2024.