[bongkar] PENDEDAHAN MANTAN HEAD STAFF OF FINANCE KEDAH AGRO! SANUS1 GE...



KENYATAAN Menteri Besar Kedah, Datuk Muhammad Sanusi Md Nor yang menyifatkan anak syarikat Perbadanan Menteri Besar (MBI), Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) seperti lintah mengundang kemarahan ramai. Sebelum ini, Sanusi menganggap Kedah Agro sedemikian kerana tidak mampu menjana pendapatan di samping mempunyai masalah pembayaran gaji sehingga menerima teguran daripada Ketua Audit Negara pada 2016. Menurutnya, mana-mana anak syarikat kerajaan negeri (GLC) yang ditubuhkan tidak boleh menyumbang kepada kerajaan perlu ditutup. "Saya punya polisi jelas, dah diumum pada 2020 iaitu mana-mana GLC yang tak boleh menyumbang kepada kerajaan, hisap darah kita tutup tapi tak ditutup. "Tujuan tubuh GLC untuk berniaga, dapat projek kerajaan untung pulang balik kepada kerajaan. Kalau ada 30 orang kerja dalam itu makan kedarah, sumbang tak pernah, tapi kikis lagi itu bukan GLC. Itu lintah, saya tak mahu bela lintah," katanya. Disebabkan itu, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kata-kata Sanusi sehingga ada yang mendakwa bahawa menteri itu sengaja memburukkan nama Kedah Agro. Menurut seorang pengguna Facebook Zuraini Ab Ghani, Sanusi membuat satu tuduhan tidak berasas terhadap pekerja Kedah Agro dalam membangkitkan isu pembayaran gaji itu. "Terlalu keterlaluan, waktu Kedah Agro Industries, hangpa nak buat Kedah Agro Group of Companies. Overhead tak sampai RM20,000 sebulan disebabkan ada had sampai RM100,000 sebulan. "Kedah Agro ada income, tapi MBI ambil. Kedah Agro ada pekerja, MBI curi staf, hangpa lantik CEO daripada kalangan hangpa yang asyik bazirkan duit rakyat. Akhirnya, staf pula yang salah?. "Kes tak dapat gaji ni bukan baru bulan ni ya, dah lama. Tapi kenapa dari dulu tak tutup? Sebab masih ada ruang untuk berbahagi habuan kan?," luahnya.Dakwaan dilontarkan oleh Zuraini itu sekali gus mendapat perhatian dan maklum balas daripada Sanusi. Membalas kembali, Sanusi berkata, ia satu tuduhan keterlaluan yang tidak boleh diambil remeh serta bertindak mahu memfailkan saman terhadap individu terbabit. "Haaa, jumpa dah tukang reka cerita karut sejak belasan tahun dia bersembunyi di sebalik muka manis. Okay, jom tengok dia boleh pertahankan atau tidak tuduhan keterlaluan dia kali ni. Sila duduk jangan lari. See you in court!," katanya menerusi Facebook pada Selasa. Terdahulu, Kedah Agro dikatakan mula mencatat kerugian apabila pentadbiran negeri bertukar kepada PAS pada 2008 selepas berjaya meraih keuntungan ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN). Manakala, Ketua Penerangan Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, Kedah Agro mencatat keuntungan antara 2005 hingga 2008 ketika Datuk Seri Mahdzir Khalid menjadi Menteri Besar. Nama Sanusi juga tidak berhenti menjadi bualan kerana beliau dikatakan sering menyalahkan pihak lain apabila perkara itu berlaku. — Majoriti


No comments: