DERAMA MANA YANG PALING TERBAIK


Pihak pembangkang sekali lagi cuba memberi gambaran kelemahan kerajaan Madani apabila rang undang-undang pindaan Perlembagaan mengenai Kewarganegara tidak dimutamadkan dalam sidang sessi ini. Rang undang-undang tidak dimuktamadkan dalam sidang parlimen sessi ini yang berakhir semalam.


Pembangkang menerusi ketua whipnya Takiyuddin Hassan dalam sidang akhbarnya membuat dakwaan rang undang-undang berkenaan sebagai tidak mendapat perkenaaan daripada Majlis Raja-Raja (MRR). 


Selain itu penangguhan rang undang-undang itu juga cuba diberi terjemahan ia sebagai ada bantahan oleh sesetengah pihak.


Berhubung penangguhan itu, wakil Kota Bharu itu menyifatkan kejadian itu adalah derama terbaik dan kerajaan sebagai takut untuk berdepan dengan 11 pembahas yang disediakan oleh pembangkang. 


Sebenarnya soal penangguhan sesuatu rang undang-undang setelah dibaca kali pertama dan kedua, perkara biasa dalam parlimen. 


Tidak semua urusan kerajaan termasuk rang undang-undang dapat diselesaikan dalam satu sessi persidangan. Apabila kerajaan merasakan rang undang-undang itu cacat dan perlu ditambah baik, maka ia akan dibentangkan untuk sessi seterusnya.  


Pembangkang khasnya, Takiyuddin harus faham mengenai kelaziman atau kejadian ini, dan jangan mudah membuat terjemaahan ia tidak mendapat perkenaan Majlis Raja-Raja atau ada bantahan daripada mana-mana pihak bermotif politik, atau kerajaan pengecut. 


Setelah bacaan kali pertama dibuat dan ada berbagai reaksi mengenai rang undang undang berkenaan, adalah menjadi tanggungjawa kerajaan, dalam kes ini Menteri Dalam Negeri Siafuddin Nasution Ismail untuk menangguhkan bagi diperbaiki dan menyempurnakan lagi rang undang undang berkenaan. 


Saifuddin sebagai menteri tentu tidak mahu sesuatu yang cacat diteruskan juga. Itulah tanggungjawab Saifuddin sebagai menteri. Beliau lebih menjaga kredibiliti dan integriti kerajaan daripada populis. Saifuddin terkenal seorang ahli politik yang bercakap berasaskan fakta dan data.


Takiyuddin tidak perlu cuba membina naratif bagi memperbetulkan kesilapan yang pernah beliau sendiri lakukan semasa menjadi menteri dahulu, dimana bertindak mendahului Yang diPertuan Agong mengumumkan sesuatu yang menjadi hak mutlak Yang diPertuan Agong. Kita tidak fikir Saifuddin jadi sebodoh beliau. 


Jika beliau masih ingat sejarah yang dilalui oleh Pas, beliau tidak akan menjadikan penangguhan rang undang-undang itu sebagai modal politik murahan dan sampah. 


Pas semasa "kahwin tanpa akad nikah" dengan Umo selama lima hari dahulu, Pas pernah membawa usul persendirian (RUU) Hudud oleh Marang, tetapi ia tidak diteruskan untuk dibahaskan setelah bacaan kali pertama. Kenapa, why? Bakpa? Sebab apa kerana apa?


RUU itu bukan terhenti disitu sahaja, bahkan, tidak dibawa langsung ke parlimen untuk dibahas sedangkan Pas gila-gila dan "gelenyer geledik" mahulkan Hudud. 


Yang jelas rang undang-undang berkenaan awal-awal lagi akan ditolak kerana ia tidak mendapat perkenaan oleh Yang diPertuan Agong yang mana pembentangannya oleh Marang melanggar bidang kuasa Yang diPertuan Agong dan tidak merujuk kepada Agong. 


Sesungguhnya sesuatu rang undang-undang yang dibawa ke parlimen dan dibaca untuk kali pertama ada yang tidak diteruskan atas berbagai sebab, ada kerana kecacatan tertentu dan akan dibawa ke sidang akan datang. Cara itu sebagai memastikan rang undang-undang itu semnpurna dan menempati kehendak perlembagaan. 


Jadi dalam isu rang undang-undang Kewarganegaam ini tidak relevan untuk dijadikan isu dan model politik oleh pembangkang. Carilah isu lain yang sesuai dengannya (Pas) seperti isu "stoking" dan seumpamanya. Trims.