MENGAPA AKHBAR YANG SELALU MENGELIRUKAN RAKYAT DIBAWA MASUK KE SEKOLAH-SEKOLAH?



Saya difahamkan telah keluar surat pekeliling dari KPM bahawa setiap sekolah hendaklah melanggan beberapa akhbar berikut setiap hari, iaitu;


1.  Utusan Malaysia

2.  Berita Harian

3.  Sinar


Oleh kerana PMX sendiri pernah menekankan bahawa dia mahu pelajar-pelajar berusaha juga untuk mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa yang amat penting selain dari bahasa Melayu, maka wajarlah salah satu akhbar yang dilanggan di sekolah mestilah akhbar berbahasa Inggeris.  


Saya melihat selagi akhbar Sinar tidak menunjukkan kejujuran mereka di dalam menyiarkan berita, maka wajarlah pihak KPM mengecualikan akhbar tersebut dari langganan.  Saya fikir elok akhbar tersebut digantikan dengan sebuah akhbar berbahasa Inggeris agar pelajar-pelajar juga berpeluang untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris.


Buat menteri KPM, hati-hati dengan "deep state" yang masih bersarang dalam KPM.  Jangan kerana itu, menteri yang cemerlang sekarang dilihat lemah kerana kegagalan mengenali musuh dalam selimut.  Pengalaman banyak mengajar kita.


WFAUZDIN NS



No comments: