HASAD DENGKI YANG TAK BERKESUDAHAN!
Tengoklah betapa jahatnya mereka yang hasad dengan saya!
Buat fake fake akaun guna gambar saya dan nama asal fb saya padahal follower pun tiada, kemudian saling buat komen untuk mengelirukan orang lain atas nama syarikat kononnya itu adalah komen saya!
Tengok siapa tukang komen yang berbalas komen di dalam screenshoot ini, maka anda akan tahu siapa penghasad dengki saya yang mencipta pelbagai tohmah jahat terhadap saya selama ini!
Mereka mungkin buat fake fake akaun atas nama saya dan guna gambar saya, kemudian saling berbalas komen. Mungkin dengan cara ini, mereka fikir pelanggan , follower atau segelintir rakan niaga saya akan terpenggaruh kononnya saya keluarkan kenyataan yang tidak bertanggujawab!
Kalau lihat tukang komen tu nama fb nya Che Wan Al Lakazam, Wallahuaklam.
Ikut pengalaman lalu, ini lah antara kaki hasad dengki yang banyak menyebarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap saya. Dia dah kena saman fitnah oleh saya, sedang jalani perbicaraan di Mahkamah.
Dia bukan orang lain, orang Besut je. Kerjanya jual tanah lot macam saya jugak. Anda fikirlah sendiri apa motif dia, saya tak nak komen lebih, ada akal boleh nilai sendiri.
Tapi saya tidak gusar, orang yang hasad terhadap orang lain pada hakikatnya hanyalah sedang menggali lubang untuk menimbus diri mereka sendiri!
Masa pasti akan menokhtahkan segala makar jahat mereka ini!
Saya menulis dan share di sini tentang fake akaun ini yang guna gambar saya dan nama fb saya , supaya tidak ada yang terkeliru.
Fb page saya setakat ini ada 244,000 follower.
Kalau ada mana mana akaun fb guna gambar saya dan hanya ada beberapa kerat follower saja, itu bukan saya.
Terima kasih