KISAH KHADAM DAN MENTERI

 Cerita Hari Minggu.

KISAH KHADAM DAN MENTERI


MSO


Tersebut di sebuah negeri di atas angin bahagian selatan negara Gajah Putih, sang Khadam mahu menunjukkan kuasa kepada menteri. Tanpa mempedulikan yang dia dilantik menteri, Khadam itu merasakan dia lebih berkuasa daripada menteri. Cerita songsang sebegini jarang-jarang berlaku di mana-mana negeri di bawah angin lain. 


Ceritanya bermula apabila si Khadam yang besar kepala memanggil para ahli lembaganya, untuk bermesyuarat tanpa pengetahuan menteri. Mesyuarat itu bagi melantik beberapa orang wazir lagi sebagai tambahan. Terdapat yang hendak dilantik sebagai wazir itu tidak layak atau pelantikannya bertentangan dengan surat negara. Mesyuarat itu pun sudah agak pelik kerana ia diadakan jauh dari ibu kota negerinya. 


Kerana sudah nampak keganjilan, lantas menteri mengarahkan agar meyuarat itu dibatalkan. Namun ia tidak diendakkan oleh si Khadam, tetap meneruskan mesyuarat. Dalam mesyuarat itu dilantiklah beberapa wazir tambahan yang mana dilihat tidak sesuai dan bertentangan dengan surat negara.


Yang dilantik itu tidak berkelayakan dan tidak munasabah. Bukan sahaja tidak ada kemahiran tetapi anggota juga cacat dan renyuk. Misalnya yang buta dilantik untuk mengederai gajah, yang capek   untuk panjat nyiur dan petai, serta yang kudung untuk bermain sepak raga dan bersilat, manakala yang tempang dilantik untuk mengayuh beca.  


Kerana menyedari orang-orang dilantik itu tidak sesuai, maka si menteri jadi makin marah, lalu mengarahkan pelantikan itu dibatalkan. Menteri malu dengan orang-orang yang hendak dilantikkan itu kerana keadaan mereka tak sesuai dan boleh menyebabkan kerajaan akan diketawakan. 


Larangan dan teguran menteri itu menyebabkan Khadam marah kepada menteri dan terus menyegolahkan menteri yang kononnya dia tidak berhak ke atasnya. Khadam yang besar kepala itu tidak memperkaui bahawa pelantikannya dibuat menteri tetapi dibuat oleh raja. 


Dipendekkan cerita perbalahan di antara Khadam dengan menteri itu tidak berhenti disitu sahaja. Khadam jadi lebih berani dan agresif lagi akan membawa menteri ke hadapan raja untuk diadili. Tunggulah perbicaran ini dan apa kata raja mengenai pergeseran dan perbalahan Khadam dan menteri itu. Silap-silap hari bulan Khadam dan menteri itu akan disepak oleh raja. Trims.



No comments: