Kerajaan T'ganu perlu jelaskan isu perlombongan haram di Kemaman


 

KEADILAN Kemaman meminta Kerajaan Negeri Terengganu memberi penjelasan berhubung tangkapan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ke atas 28 pelombong di lokasi lombong haram di Kemaman, kelmarin.



Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yop, aktiviti perlombongan haram itu jelas merupakan suatu kelemahan Kerajaan Negeri dalam menguatkuasakan undang undang dan mengawal sumber mineral Terengganu.



"KEADILAN Kemaman minta Kerajaan Negeri memberikan penjelasan berhubung perlombongan haram dan isu tangkapan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sebagai pekerja di lombong haram tersebut.

Description: https://static.wixstatic.com/media/4449e2_361b70c4a6e74948a5241761c8eb981f~mv2.jpeg/v1/fill/w_350,h_233,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/4449e2_361b70c4a6e74948a5241761c8eb981f~mv2.jpeg

Ahmad Nadhir Yop



"Untuk lombong haram ini, Kerajaan Negeri perlu menjelaskan bagaimana perlombongan haram boleh berlaku. Adakah Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman maklum perkara ini, dan minta siasat sama ada berlaku penyalahgunaan kuasa atau rasuah sehingga perlombongan haram terjadi," katanya.



Ahmad Nadhir turut mahu Kerajaan Negeri memberi penjelasan bagaimana pekerja tanpa permit kerja sah boleh bekerja di kawasan tersebut dan melibatkan pula warganegara China dan jarang jarang berlaku di Malaysia.



"Berkenaan pas pekerja asing yang bekerja di lombong tersebut, minta penjelasan bagaimana pekerja tersebut boleh bekerja di lombong itu



"KEADILAN Kemaman minta kerajaan Terengganu telus dan memberi penjelasan yang tepat kepada rakyat," katanya lagi.



Kelmarin, JIM menyerbu lokasi lombong haram di Kemaman. Dalam serbuan itu daripada 39 orang yang diperiksa, seramai 28 orang PATI telah ditahan atas pelbagai kesalahan meliputi 15 orang warga China, tiga Bangladesh, seorang warga Myanmar dan Pakistan



Menurut kenyataan JIM, tangkapan ke atas warganegara China dibuat atas kesalahan menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk bekerja dan tinggal lebih masa



Kesemua PATI yang ditahan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Ajil dan akan didakwa atas kesalahan melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen



No comments: