Muzamal Mus


 Ada yang kata penukaran sistem pencen kpd KWSP menyebakan penjawat awam derita, apa deritanya, 

Tiada apa derita yg berlaku, mereka yg tiada pencen adalah penjawat awam yg dilantik selepas tarikh penguatkuasaan, manakala dan penjawat awam lama seramai 1.6 juta org mereka tetap menerima pencen apabila mereka tamat penjawatan atau bersara. 

Ia dilaksanakan dgn digantikan dgn mekanisma yg lain dan mereka tetap menerima pelbagai kemudahan serta imbuhan yg lain. 

Keputusan kerajaan ini dibuat demi kebaikan negara, sebagai rakyat yg baik dan cintakan negara, kita perlulah mendahulukan kepentingan negara lebih dari kepentingan diri dan kelompok. 

Kini dgn bilangan penjawat awam yg lebih sejuta org, 

sistem pencen sudah tidak realistik dgn kemampuan kewangan negara yg menanggung beban bayaran pencen lebih 20 billion setiap tahun. Saban tahun kos pengurusan negara melebih 250 billion yg telah menyebabkan negara mengalami bajet defisit yg tidak berkesudahan sedangkan kita negara kecil, Namun menanggung beban kewangan yg begitu besar. 

Adakah kita hanya mahu seronok masa kini dan pentingkan diri, Namun mahu mewarisi negara yg punyai hutang negara yg begitu besar pada generasi anak cucu kita. 

Dan mereka perikatan Nasional lah yang telah menyebabkan hutang negara kini telah mencecah 1.5 trillion ringgit, hingga menyebabkan keupayaan kewangan negara menjadi lemah. Dan kini kerajaan sedang berusaha utk meningkatkan kembali keupayaan negara fiskal negara dgn berperingkat mengurangkan hutang negara, ramai yg tidak sedar akibat Hutang negara terlalu besar itulah antara penyebab naiknya kadar cukai dan inflasi. Oleh itu bajet kerajaan perlu dikawal hinggalah berjaya menstabilkan upaya kewangan dan itu semua memakan masa dan upaya yg lama. 

Kini kerajaan tiada pilihan, selain melakukan sesuatu yg tidak populis demi kelangsungan masa hadapan negara tercinta. 

Rasional lah kita, kita berfikir sejenak siapa yg suka berbuat sesuatu hingga dikecam dan boleh menyebabkan hilang sokongan? Kerajaan hari ini berani melakukannya demi kelestarian kewangan negara, mereka tidak kisah dikecam difitnah, mereka sanggup demi negara. Generasi masa depan akan menilai mereka dan berterima kasih kerana mewarisi negara yg dalam keadaan baik serta sejahtera.

dan bukanya mewarisi negara yg tersepit kewangannya serta huru-hara.



No comments: