ADRIAN LIM CHEE AN
AHMAD seorang penjawat awam.
Bekerja 30 tahun.
Bergaji RM4k sebulan.
Takde KWSP.
Tapi ada pencen.
Ah Chong seorang pekerja swasta.
Pun bekerja 30 tahun.
Pun bergaji RM4k sebulan.
Ada KWSP.
Tapi takde pencen.
Di antara Ahmad dan Ah Chong, tempoh bekerja
mereka sama, gaji mereka pun sama. Yang berbeza cuma cara penyimpanan wang
untuk masa bersara.
Ahmad mengambil pencen kerajaan, manakala Ah
Chong menyimpan dalam KWSP.
Tetapi masa bersara pada umur 60 tahun, Ahmad
lebih miskin daripada Ah Chong. Kenapa?
———
A. AHMAD
Selepas bersara pada umur 60 tahun, Ahmad
menerima pencen sebanyak RM2,400 sebulan (kadar maksima 3/5 gaji terakhir
Ahmad), tetapi tidak mempunyai durian runtuh.
RM2,400 X 12 bulan X 20 tahun = RM576,000
-> Ahmad mempunyai peluang menerima durian
runtuh sebanyak RM576,000, tapi tu lah, kene tunggu 20 tahun sampailah cecah
usia 80 tahun. Sebab pencen diberi secara bulanan. Itupun kalau setiap sen
daripada pencen Ahmad tidak disentuh selama 20 tahun lah.
B. AH CHONG
Selepas bersara pada umur 60 tahun, Ah Chong
tidak mempunyai pencen sebanyak RM2,400 sebulan, tetapi mempunyai durian runtuh
RM765,375 dalam KWSP. Boleh ambil keluar terus.
RM4,000 X 24% (11% + 13%) X 30 tahun =
RM765,375
!! < Ambil kira Formula P(1 + r/n)nt untuk
mengira compounding interest >
-> Ah Chong masa pencen mempunyai “durian
runtuh” RM765,375, tak perlu tunggu 20 tahun seperti Ahmad.
———————
Kedua-dua individu tersebut berkerja 30
tahun, kedua-dua individu tersebut menerima gaji yang sama, tetapi akhirnya
mempunyai nasib yang berbeza semasa bersara, gara-gara skim bersara yang
berbeza.
Ah Chong dapat durian runtuh RM765,000
sejurus selepas bersara. Ah Chong ada duit untuk melancong, ada modal untuk
membuat investment kat tempat lain, ada modal untuk membuka perniagaan sendiri,
suka hati dialah nak buat apa.
Yang penting, AH CHONG ADA CASH SEBANYAK
RM765 RIBU. HAMPIR SEJUTA RINGGIT CASH!
Ahmad pula, takde duit melancong, takde modal
melabur, takde modal berniaga. Ahmad setiap hari mengharap hujung bulan tiba
secepat mungkin, supaya dapatlah pencen bulanan sebanyak RM2,400.
Kenapa begitu? Sebabnya “compounding
interest”.
———————
Ah Chong ada hampir sejuta ringgit cash
semasa bersara kerana kuasa “compounding interest” dalam bab pengurusan
kewangan.
Compounding interest ini bukan biashe-biashe.
Bank buat untung sebab kelewatan membayar kad
kredit, bank buat untung daripada loan rumah, semuanya berdasarkan matematik
“compounding interest”, iaitu faedah atas faedah.
“Compounding interest” dalam dua contoh di
atas memihak kepada bank di mana bank menerima “compounding interest” daripada
rakyat.
Tetapi “compounding interest” ini sebenarnya
boleh juga diaplikasikan untuk menguntungkan pengguna, di mana si penerima “compounding
interest” adalah rakyat dan si pembayar “compounding interest” adalah KWSP.
Faham bab “compounding interest”, faham lah
kurang kenapa orang kaya suka memerap duit kat dalam KWSP ataupun skim-skim
pelaburan yang mempunyai “compounding interest”.
COVID-19
Masa Covid-19, kaum yang paling enggan
mengeluarkan KWSP walaupun dibenarkan, ialah orang Cina. Ini fakta. Statistik
KWSP dan Kementerian Kewangan membuktikannya.
Ini kerana masyarakat Cina tahu, sekali usik
KWSP, “compounding interest” akan terkesan. Jadi KWSP takkan disentuh sampailah
usia bersara. Biar duit yang duduk kat dalam KWSP itu menumbuhkan duit je.
Maka dalam keadaan sekarang, pelan kerajaan
untuk menukar skim pencen penjawat kepada KWSP bukanlah sesuatu yg buruk.
Ia boleh menguntungkan penjawat awam di masa
bersara, selain memastikan sumber kewangan sedia ada boleh diguna sebaik
mungkin.
Mudah kata. Ahmad pun boleh jadi seperti Ah
Chong.