PELANTIKAN KETUA PENGARAH ARiF NASIONAL BAHARU

 KENYATAAN MEDIA

PARTI AMANAH NEGARA




PELANTIKAN KETUA PENGARAH ARiF NASIONAL BAHARU


1. Selaras dengan tekad baharu Parti Amanah Negara (AMANAH) untuk mengukuhkan organisasi di semua peringkat, maka ARIF Nasional juga mengambil langkah yang sama dan bersetuju untuk melantik Saudara Suhaimi Hamzah sebagai Ketua Pengarah ARiF Nasional yang ke-3 bagi menggantikan Saudara Mohd Faruk Abdul Rahman yang telah tamat tempoh pelantikan.


2. Keputusan yang dicapai secara sebulat suara berasaskan kaedah syura ini telah dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa ARIF Nasional pada 20 Januari 2024. Pertimbangan berdasarkan merit dan kredibiliti saudara Suhaimi sebagai mantan Ketua Setiausaha ARiF Nasional, Pengarah ARiF Pahang pada tahun 2015 dan calon Dun Kupang pada Pilihanraya Negeri Kedah tahun 2023 menunjukkan prinsip demokratik yang diamalkan di dalam AMANAH. 


3. Jawatankuasa Pimpinan Nasional mengambil maklum pelantikan yang dibuat ini dan mengucapkan selamat maju jaya kepada saudara Suhaimi dan Jawatankuasa ARIF Nasional yang bakal dibentuk untuk terus berjuang dan berkhidmat sebagai barisan hadapan dalam aspek keselamatan dan kelancaran program yang dianjurkan AMANAH di semua peringkat selaras dengan konsep Peduli. ARIF juga disarankan untuk menambah bilangan cawangan dan meningkatkan jumlah ahli di seluruh negara dalam usaha memperkuatkan AMANAH menuju Pilihanraya Umum Ke-16. 


MUHAMMAD FAIZ FADZIL

Setiausaha Agung

Parti Amanah Negara


27 JANUARI 2024



No comments: