PMX BERTEMU DENGAN PENGERUSI CCC.

 







Pagi tadi telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia TYT OuYang Yujing dan delagasi daripada China Communications Construction Company (CCCC) yang diketuai oleh Pengerusi CCCC Encik Wang Tongzhou. Ini adalah susulan daripada pertemuan saya dengan Encik Wang Tongzhou di Nanning, China pada September lalu. 


Dalam perjumpaan ini, saya tekankan semula pendirian bahawa Malaysia amat komited dan menghargai kerjasama strategik dengan negara China terutamanya pelaburan dan sokongan kemahiran pembangunan infrastruktur daripada syarikat-syarikat China. 


CCCC merupakan kontraktor kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) untuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Encik Wang Tongzhou telah berkongsi pengalaman dan kemaskini semasa projek ECRL. Saya tegaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam projek ini termasuk Kerajaan-kerajaan negeri perlu berganding bahu bagi memastikan projek ECRL dapat disiapkan mengikut jadual.


Selain itu, kami turut saling bertukar pandangan mengenai ekosistem pembangunan projek-projek mega terutamanya berkaitan infrastruktur pengangkutan dalam dan antara bandar.


#MalaysiaMADANI



No comments: