KAK KM NGADU HILANG BARANG



Zainuddin Omar


 Berita ini lalu di wall saya dan saya nak komen kerana sebagai seorang yang banyak kali naik kapalterbang, tentunya berita ini menarik perhatian. 


Saya baca beberapa kali dan baggage yang dibawa ialah bag cabin bukan bag cargo. 


Dia duduk di hadapan bermakna business class atau premium seats. 


Pelik bagaimana bag beliau yang didakwa berisi tiga tas yang berharga RM16k dan wang tunai RM10k diletak belakang dan boleh hilang? 


Pelik bin ajaib bagaimana ada penumpang lain mempunyai masa mengumpil bag cabin beliau dan sempat ambil semua barangan tersebut. 


Dia kata tunggu sehingga semua orang berambus...


Macam tak masuk akal cerita dia ni? Adan Uke. 


***********

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Kak KM menyatakan kejadian terbabit berlaku pada dua minggu lalu. Kak KM juga terpaksa berputih mata kerana tiga beg berjenama mewah yang dianggarkan bernilai RM16,000 juga lesap dalam masa sama.


Dalam luggage yang saya bawa itu ada wang tunai dan juga tiga lagi beg kecil jenama mewah. Semuanya lesap ketika dalam penerbangan. Saya memang akan letak wang tunai dalam beg itu.


Dakwa pemilik nama Liana Rosli, bagasi yang dibawa masuk ke dalam kabin mempunyai kesan diumpil dengan alatan tajam.


Saya sedar apabila melihat ada kesan seperti ditoreh dengan benda tajam. Pelik juga sebab penumpang tak boleh bawa peralatan tajam naik pesawat.


Dalam pesawat ada CCTV tak? Saya nak tahu bagaimana kejadian sebegitu boleh berlaku. Pelik sebab macam sudah dirancang.


Dalam pada itu, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri masih menunggu jawapan balas daripada syarikat terbabit. Katanya, dia tidak akan berdiam diri kerana sudah melibatkan jumlah wang ringgit yang banyak.


Selama ini saya percaya dengan syarikat berkenaan sebab tak pernah terjadi apa-apa. Saya rasa apa yang berlaku seperti sudah dirancang.


Saya duduk di barisan hadapan sedangkan beg berkenaan di simpan di barisan belakang. Bila saya nak turun di Kuala Lumpur, saya kena tunggu semua orang berambus, baru saya dapat bangun.


Sudah dua minggu kejadian berlaku dan mereka seolah-olah mahu lepas tangan. Kata mereka perkara begini sering berlaku tapi saya tidak akan berdiam sebab banyak duit yang hilang.


Duit boleh dicari tetapi kepercayaan itu sudah hilang.



No comments: