Isu ini isu negara, bukan isu pendatang asing. Ia bermula dengan pergantungan kita kepada pekerja asing. Tanya majikan, majikan kata orang kita tak nak buat dah kerja dalam industri tertentu.
Sebahagiannya soal gaji, tapi dengan gaji minimum, gajinya lebih berdaya saing berbanding dulu. Yang berlaku sekarang adalah kesan dari berpuluh tahun yang lepas.
Bila pekerja asing dah ramai, orang kita pula pergi sewa-kan dan bagi lesen (dengan cara Ali Baba) untuk mereka buat perniagaan.
Sebab itu, langkah-langkah yang sedang berjalan sekarang ialah:
a) Reformasi pasaran kerja - gaji progresif, latihan dalam industri (AiI), memuktamadkan phasing down pekerja asing melalui levi pelbagai peringkat (MTL)
b) Kementerian Ekonomi yang merangka Rancangan Malaysia akan memuktamadkan sasaran pengurangan pekerja asing secara berperingkat menjelang 2030 (dalam RM13)
c) Akta Anti-Ali Baba akan membolehkan tindakan diambil kepada rakyat Malaysia yang meng-Ali Baba-kan lesen dll kepada pekerja asing tanpa menepati syarat-syarat.
Semua ini perlukan keseimbangan supaya tidak ada kesan drastik kepada industri yang banyak bergantung kepada pekerja asing.
Tetapi seperti pesan saya kepada majikan dan industri - it is coming because we cannot afford to continue like this.