CUKUP LAH

 

Cukuplah…

Kita perlu memperakui bahawa kemungkinan besar berlakunya isu kontroversi berkenaan tatacara pemakaian ini terjadi kerana wujudnya polisi yang mengasingkan kita antara satu sama lain

By

 Rom Nain

 -

26 Dec 2023

 Get Views




Seorang lelaki diberhentikan oleh pihak keselamatan di Majlis Perbandaran Kuala Selangor dan diarah memakai kain sarung bagi menutup seluar pendeknya yang tidaklah terlalu singkat itu sebelum dibenarkan masuk ke premis dan meneruskan urusannya.

Seorang lelaki tua yang ingin melawat saudaranya yang dirawat di hospital awam Pulau Pinang pula dilarang masuk kerana beliau juga memakai seluar pendek.

Seorang wanita pula dikejarkan ke hospital awam, kali ini di Perak, kerana mengalami sakit perut yang teruk ketika bermain badminton. Beliau dilarang masuk kerana memakai seluar pendek yang barangkali dipakainya kerana beliau terus dikejarkan ke sana sejurus selepas beliau sedang bermain badminton. Ia merupakan kes kecemasan.

Semua kejadian ini berlaku dalam masa beberapa bulan, pada tahun lalu.

Malah, di banyak premis awam, seperti peristiwa di bangunan Majlis Perbandaran Kuala Selangor, poster di pintu masuknya menggambarkan bentuk pakaian yang ‘betul’ yang mesti dipakai pelawat serta pelanggan untuk dibenarkan masuk dan diberikan perkhidmatan.

Kita jarang sekali, jika pun pernah, diberitahu siapa yang membuat peraturan ini. Kita dibiarkan untuk terus tercengang dan bingung siapalah yang berperangai semacam Hitler itu.

Kejadian ini tetap berterusan walaupun selepas para menteri, seperti menteri kesihatan kita sekarang, mencelah masuk dan dengan tepat mengatakan bahawa berkhidmat kepada rakyat harus menjadi keutamaan – bukan membuang tabiat untuk menjadi ‘penjaga moral’ yang tidak layak dan menjijikkan. Apa lagi dengan melantik diri sendiri untuk berbuat demikian.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Kita sering tidak dapat mengelak daripada merasakan bahawa walaupun ada pemimpin kita, malah menteri, menghukum mereka, orang jahat sebegini akan sering merasa dilindungi.

Namun penjaga moral ini seolah-olah hanya memekakkan telinga terhadap komen para menteri atau bantahan awam itu. Apa yang berlaku adalah seolah-olah mereka itulah undang-undang; mereka percaya mereka boleh meneruskan apa yang mereka lakukan kerana tiada tindakan berat akan diambil terhadap mereka. Mereka tahu kemungkinan untuk dikenakan hukuman itu cukup kecil sekali. Dan seringkali, mereka akan dikira berada di pihak yang betul.

READ MORE:  This must stop...

 

‘Pemimpin’ ini juga nampaknya tidak mahu menanggapi bahawa ini adalah satu trend – dan ia telah berlaku sejak sekian lama sekarang – yang mencerminkan sikap tidak bertoleransi kita yang semakin meningkat dan sesuatu yang disengajakan untuk mengenakan peraturan yang tidak demokratik dan prejudis terhadap orang yang biasanya mematuhi undang-undang.

Tiada apa-apa yang tidak bersalah atau tidak disengajakan dalam hal ini. Tidak ada apa-apa yang perlu dileluconkan tentang mereka, seperti yang cuba dijelaskan oleh sesetengah orang liberal.

Para Hitler kecil ini serta tindakan mereka itu langsung tidak lucu. Apa yang mereka lakukan tidak boleh diterima, walau dengan berat hati, untuk kita ‘menerimanya seperti biasa’. Tiada apa-apa yang terjadi sendiri, dibiasakan atau boleh diterima dalam semua hal ini.

Sikap tidak bertolak ansur, prejudis, ketaksuban, perkauman – dalam apa jua bentuk – mesti diberikan perhatian, para mangsa perlu diberi sokongan, dan pesalah dan pelakunya perlu ditegur dan sebaiknya dihukum.

Kita tidak boleh, di sebelah pihak, bercakap tentang bahaya menggunapakai isu “tiga R” (isu kaum, royalti, agama) sewenangnya, namun membenarkan kes ketaksuban yang jelas – malah halus dan dijalankan secara tersusun ini – berterusan.

Seperti juga dalam soal memerangi rasuah, malangnya banyak yang cakap tapi tak serupa bikin. Kita mesti cakap serupa bikin.

Kita perlu menangani bahawa kemungkinan besar bahawa keadaan menyedihkan sekarang ini berlaku kerana dasar pengasingan – seperti memisahkan etnik Melayu-Islam di Malaysia daripada kumpulan etnik lain di negara ini melalui dasar pendidikan dan perumahan.

Tiada apa-apa yang berlaku secara spontan, secara semula jadi. Kita – atau lebih tepatnya pemimpin yang membentuk dasar ini – juga mewujudkan komuniti ini dengan pemikiran tertentu yang ‘dipelajari’ dari buaian hingga ke liang lahad. Dan kemudian diturunkan kepada generasi berikutnya – melalui pendidikan formal, melalui indoktrinasi agama tertentu, dan dek kerana hidup berasingan daripada orang lain di Malaysia.

READ MORE:  Man in shorts made to wear sarong before entering municipal council office

 

Dalam pada waktu sama, negara merudum, ekonomi terjejas dan kita semakin ketinggalan sebagai sebuah negara bertamadun.

Kita perlu memecahkan kitaran ganas yang memisahkan dan  membakar api kebencian ini. Kita tidak boleh menyerahkan bulat-bulat kepada pemimpin yang memulakan semua ini untuk kemudiannya menamatkan semua api kebencian ini. Mereka, kecuali beberapa yang lainnya, pastinya ingin memanfaatkan perseteruan yang wujud selama ini.

Terpulang kepada kitalah untuk mengatakan cukuplah dan semua ini mesti dihentikan!

Rom Nain
Editor bersama, surat berita Aliran
21 Disember 2023

Terjemahan oleh: Zikri Rahman