MAKNA ISTIDRAJ ( الاستدراج)


Che Ibrahim






Petang ni anak beranak ambo dok geger pasal makna istidraj, ambo pun korek korek semula ilmu yang sudah lama ditinggalkan. 


Istidraj ni kalau ikut syarah orang alim, dia kata wat Allah balas atau kenakan azabnya secara beransur ansur, bukan serta merta atau sekaligus. Setiap kali mereka lakukan dosa, Allah tak tarik nikmat mereka, sebaliknya Allah semakin beri koho banyak, dan dalam masa yang sama Allah lalaikan mereka, lupa untuk bertaubat, kemudian Allah kenakan kepada mereka balasan atau azab sedikit demi sedikit sebelum dikenakan secara menyeluruh.


Istidraj ini Allah beri belaka samada kafir atau Muslim, mereka hidup dengan kaya raya, boleh belaka apa yang mereka mahu....duit, kuasa, pangkat dsbnya sehingga mereka menjadi takbur dan hagah, dalam masa yang sama Allah semakin lalaikan mereka sehingga terjerumus dalam situasi yang mustahil untuk diselamatkan, lalu akhirnya dengan tidak disangka sangka, Allah turunkan bala ke atas mereka.



No comments: