Che Ibrahim
Hari ini geger gegok pakar pakar perundangan persendirian yang ngaji tak habis dan tak faham apa apa pun tentang perundangan negara mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan peruntukan menggoda isteri orang sebagai satu jenayah. Kononnya Malaysia Madani telah menghalalkan perbuatan goda isteri orang, tidak boleh lagi didakwa di mahkamah!!!
Ambo nak sebut dalam undang undang, bukan semua kesalahan moral dianggap satu kesalahan jenayah sebagaimana ada perbuatan yang dianggap mulia di sisi manusia, tetapi ianya merupakan satu kesalahan jenayah di segi undang undang.
Berlagak bodoh adalah satu kesalahan tidak bermoral, tetapi ianya bukan satu jenayah. Fitnah dan tuduhan jahat walaupun bagi sesetengah puak dianggap satu keperluan demi survival politik, namun ianya satu kesalahan di segi moral dan undang undang.
Dalam agama Islam pun, bukan semua maksiat adalah jenayah sebagaimana bukan semua kesalahan jenayah adalah maksiat. Kahwin poligami adalah satu sunnah, tetapi ianya merupakan satu jenayah syariah jika dilakukan tanpa kebenaran isteri pertama atau mahkamah.
Tidak membayar nafkah anak, isteri dan ibubapa adalah satu dosa, tetapi ianya tidak dianggao satu jenayah selagi tidak ada perintah mahkamah dan melanggar perintah tersebut. Maknanya melanggar perintah Allah dengan tidak membayar nafkah bukan satu jenayah wpun ianya satu dosa kecuali melanggar perintah mahkamah berkaitan bayar nafkah, baru dianggap satu jenayah.
Zina dan derhaka kepada ibu bapa adalah antara dosa dosa besar, namun ianya tidak diperundangkan sebagai satu kesalahan jenayah mengikut undang undang negara... Setakat ni walaun tak bising lagi!!!
Lebih menghairankan ambo lagi, dalam Enakmen Jenayah Syariah negeri termasuk Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Negeri Kelantan, ada berbagai peruntukkan berkaitan kesalahan menggoda isteri orang spt kesalahan mengganggu rumahtangga (Seksyen 24), memujuk lari isteri orang (seksyen 27), gangguan seksual (seksyen 31) dan banyak lagi.
Apabila pakar pakar undang undang separuh mahir ini mendakwa Malaysia Madani telah menghalalkan perbuatan goda isteri orang, maka sekaligus mereka telah tidak mengiktiraf dan memperlekehkan undang undang syariah yang selama ini mereka amat menyanjungnya apabila dicabar oleh Nik Elin Nik Rashid
Heran ambo gat dengan otak puak dia....ada ke takdak???