DUSUKI...WOIII..BILA NAK BAYAQ. TINDAKAN PELAKSANAAN (EXECUTION PROCEEDING) TERHADAP USTAZ AHMAD DUSUKI.

 




1.   Saya telah mengarahkan Peguam saya untuk meneruskan dengan tindakan pelaksanaan ("execution proceeding") terhadap Ustaz Ahmad Dusuki di atas keengganan dan keingkaran beliau untuk menjelaskan kos-kos Mahkamah yang kesemuanya berjumlah RM23,000.00 rentetan dari kes saman beliau yang kalah di Mahkamah tempoh hari.


2.   Umum mengetahui bahawa saman yang beliau failkan terhadap saya berhubung isu "_penjualan aset Tabung Haji kepada orang bukan Islam_" telahpun ditolak (kalah) di Mahkamah Sesyen, kemudian rayuannya juga ditolak oleh Mahkamah Tinggi dan akhirnya beliau terpaksa menarik-balik rayuannya di Mahkamah Rayuan. Ketiga-tiga Mahkamah tersebut telahpun memerintahkan beliau selaku Plaintif/Perayu dalam kes tersebut untuk membayar kos-kos tindakan kepada saya.


3.   Walaupun sejak awal September dan Oktober lalu Peguam saya telah dua kali menghantar surat tuntutan  kepada Ustaz Dusuki untuk beliau mematuhi arahan Mahkamah dan membayar kos-kos yang telah diperintahkan tersebut, beliau masih lagi ingkar, enggan dan gagal berbuat demikian. Malah, dalam beberapa posting di Facebooknya, beliau masih lagi mempertikaikan keputusan Mahkamah yang menolak saman tersebut walaupun beliau sendiri yang menarik-balik rayuannya di Mahkamah Rayuan, Putrajaya 


4.    Lanjutan dari itu, Peguam saya telahpun memfailkan Saman Penghutang Penghakiman di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menuntut jumlah kos yang masih belum dibayar. Saya dimaklumkan bahawa sebanyak empat percubaan telah dibuat untuk menyerahkan saman tersebut kepada Ustaz Dusuki tetapi sehingga kini beliau masih enggan untuk menerimanya ataupun sengaja mengelak walaupun temujanji telah dibuat oleh pihak Peguam sejak dari awal lagi.


5.   Peguam saya akan terus menggunakan segala ruang yang dibenarkan di sisi undang-undang untuk menyerahkan saman tersebut bagi menuntut supaya Ustaz Dasuki patuh kepada arahan Mahkamah dan membayar kos-kos yang diperintahkan itu. Suka saya ingatkan bahawa itu adalah satu hutang yang telah diperintahkan oleh Mahkamah untuk dibayar oleh beliau. Saya telah mengeluarkan perbelanjaan dan kos yang banyak untuk membela diri saya terhadap tuntutan beliau yang akhirnya Mahkamah telah memutuskan bahawa tuntutan tersebut sebagai tidak berasas dan tidak bermerit sama sekali. 


6.    Sebagai orang yang arif tentang hukum-hakam syarak khususnya yang berkaitan dengan hutang-piutang,  seharusnya beliau memberikan contoh yang baik kepada masyarakat dan tidak bersifat angkuh dan tidak peduli seperti ini.


Sekian


YB Sen. Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa

Naib Presiden Parti AMANAH

Pengerusi Nadwah Ulamak

 (NUNJI)


15hb Dis 2023



No comments: