KEH..KEH...NANTI JUMPA KENA TABIK LA YA...KETEREH...APA MACIAM

 


Kalau menang boleh lawan Khlir Ketereh di Parlimen. 


Sepatutnya Khir 2 star Jeneral kena tabik pada Md Affandi 4 bintang Jeneral. 


*************

Bekas panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohammed Affandi Raja Mohamed Noor dinamakan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kemaman yang dijadualkan 2 Dis depan.


Perkara itu diumumkan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi pada majlis pengumuman calon BN di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur hari ini, lapor Bernama. 


Raja Mohamed Affandi, 65, yang dilahirkan di Besut pernah tersenarai sebagai calon untuk di parlimen Besut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lalu.


Kelmarin Zahid membayangkan BN akan meletakkan calon langsung di Kemaman.


Katanya, kaedah sama pernah dilakukan BN sebelum ini iaitu calon dipilih tanpa melihat kepada hierarki jawatan dalam parti.




No comments: