KEADILAN bantu mantan Panglima ATM di PRK Kemaman




 Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan Pakatan Harapan (PH) akan memberi sokongan penuh kepada Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed yang bakal mewakili kerajaan perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.


Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata begitu susulan pengumuman bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya yang bakal diadakan 2 Disember ini.


Jelas Menteri dalam Negeri itu, Raja Mohamed Affandi merupakan calon sesuai bagi mewakili pengundi di kawasan kerusi Kemaman.


"Tahniah saya rakamkan kepada bekas Panglima ATM, Tan Sri Raja Mohamed Affandi, sosok yang diumumkan sebagai calon BN bagi PRK Parlimen Kemaman.


"InshaAllah, KEADILAN dan PH akan berikan dukungan penuh serta kerja sehabis daya untuk membantu kemenangan calon BN," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.


PRK Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu yang membatalkan kemenangan Che Alias Hamid yang mewakili Pas .


Ia susulan pihak pempetisyen berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).



No comments: