November 2023
25 Rabiul Akhir 1445H
• Usaha kerajaan dalam menangani isu ketelusan dan rasuah telah
dapat meningkatkan keyakinan terhadap pelabur asing untuk melabur di Malaysia.
Mereka akan menjalankan perniagaan di Malaysia dalam pelbagai bidang seperti
perladangan, pembinaan dan sektor perkhidmatan.
• Satu petanda dan perkembangan yang baik dimaklumkan oleh YAB
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pelaburan langsung asing (FDI)
dari Jepun melebihi RM30 bilion (AS$6.33 bilion) dijangka akan masuk ke
Malaysia pada tahun ini. Ini berikutan keyakinan yang tinggi oleh pelabur dari
Negara Jepun terhadap Malaysia.
•. Lawatan Fumio Kishida baru-baru ini ke Malaysia bertujuan
untuk memperbaharui kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perindustrian,
pelancongan, pendidikan serta sains dan teknologi.
• Jalinan hubungan baik antara dua negara ini juga dapat
mengembangkan potensi ekonomi negara ke arah yang lebih baik, dapat memasarkan
produk tempatan serta melakukan aktiviti import dan eksport.
•. Disamping itu, rakyat Malaysia akan mempunyai pelbagai
peluang pekerjaan dan mampu meningkatkan ekonomi negara.
• YAB Perdana Menteri, menghargai komitmen berterusan kerajaan
Jepun ke arah penubuhan cawangan kampus Universiti Tsukuba di Malaysia sekali
gus membolehkan lebih ramai pelajar negara ini mendapat akses kepada sistem
pendidikan berkualiti tinggi seperti di Jepun.
• Adalah dimaklumkan bahawa, sejak tahun 2015, Jepun menjadi
rakan dagang keempat terbesar Malaysia. Pada tahun 2022, nilai dagangan dengan
Jepun berjumlah RM181.51 bilion (AS$41.21 bilion) yang merangkumi 6.4 peratus
daripada jumlah keseluruhan perdagangan Malaysia. Jepun menyambut baik
inisiatif dan kerjasama dengan Malaysia khususnya dalam tiga bidang utama iaitu
kerjasama keselamatan dan pertahanan, ekonomi, serta hubungan ASEAN.
HASANUDDIN MOHD YUNUS
Mantan Ahli Parlimen
P101 Hulu Langat