MELAKUKAN MUAMALAT YANG BERLAWANAN DENGAN HUKUM SYARAK.
Mengikut Seksyen 40, Enakmen Jenayah Syariah (I) 2019 Negeri
Kelantan, sesiapa yang melakukan muamalat/urusan seperti jual beli, sewa
(ijarah), gadaian (rahn), pinjaman (qard) atau apa apa bentuk
perniagaan/perdagangan yang bercanggah dengan hukum syarak atau fatwa atau keputusan
Majlis Penasihat Syariah Bank Negara atau keputusan Majlis Penasihat Syariah
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia adalah melakukan satu kesalahan dan jika
disabitkan boleh didenda sebanyak rm2000 atau penjara selama tempoh satu tahun
atau kedua duanya sekali.
Maknanya sesiapa saja yang terlibat melakukan urusan dengan mana
mana bank, syarikat insuran, pelaburan saham, pajak gadai atau lain lain
muamalat yang bercanggah dengan hukum syarak adalah menjadi satu kesalahan
mengikut EKJS(I) 2019. Semua pekerja, pelanggan atau siapa saja yang melakukan
muamalat ini di negeri Kelantan, boleh ditangkap dan didakwa di bawah Enakmen
Syariah ini.
Inilah salahsatu dari 20 peruntukkan dalam Enakmen Jenayah
Syariah (I) 2019 Negeri Kelantan yang dicabar keabsahannya oleh Nik Elin Nik Rashid.