TANGKAPAN TERBARU CURI REE BUKTI KUKUH IA MASIH BERLAKU.



Peewegedah Sanusi- hang mohong kuat.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa tangkapan terbaharu berkaitan unsur nadir bumi (REE) mengesahkan kecurian masih berlaku dalam hutan di Sik, Kedah.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau mengucapkan tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedah atas tangkapan sembilan individu membabitkan kecurian REE.

“Syabas polis Kedah! Tangkapan bulan Jun masih dalam proses dilengkapkan siasatan. Belum terhenti.

“Tangkapan terbaru mengesahkan kecurian masih berlaku,” katanya mengulas laporan mengenai penahanan sembilan individu yang dituduh menceroboh Hutan Simpan Rimba Teloi di Sik pada 14 September lalu, disyaki menjalankan penerokaan REE.

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, kumpulan penceroboh terbabit melakukan kegiataan penerokaan di Kompartmen 35 hutan simpan itu sejak empat bulan lalu dan aktiviti mereka masih di peringkat awal.



No comments: