PEMBANGKANG DIAM SERIBU BAHASA



Norman Radzuan.


Ustaz Wan Ji yang saya kenali

WAN JI ADA ACCESS DGN PMX TAPI KE PENJARA


Saya mengenali Wan Ji ketika saya di Sabah lagi. Ketika itu kami di dlm satu group whastapp bersama Iswardy, Pak Mus dan Syed.


Saya hanya bertemu Ustaz Wan Ji ketika bertugas di KL 7 bulan lalu. Kami semakin rapat dan Ustaz Wanji jemput saya bersamanya ke Kota Bharu bersama dgnnya.


Sebulan sekali kebiasaan Ustaz Wanji ajak minum teh bersama. Port lepak kami di restoran RSMY dkt Medan Tuanku. Selalunya bila Wan Ji call saya, pasti ada berita terkini ingin disampaikan dan waktu kami antara Asar hingga ke Maghrib.


Ustaz Wanji bagi saya seorang pakar strategi politik yg baik walaupun dilihat sebagai tokoh agama oleh masyarakat di luar sana. Cuma kadang2 prinsipnya yg kurang disenangi sesetengah pihak. Hanya dgn Ustaz Wan Ji saya bercakap “ Ana … anta” di KL ni.


Saya tahu beliau mempunyai access dgn PMX malah pimpinan samada Menteri atau pihak2 berpengaruh dlm kerajaan dan parti. Jadi apabila Wan Ji dipenjarakan 9 bulan atas keterlanjuran dirinya… apa indikator yg dpt kita atau rakyat Malaysia lihat?


Ia membuktikan PMX tidak campur tangan dlm kes Ustaz Wan Ji. Sebelum ini pelbagai fitnah dilontar kpd PMX konon ada campurtangan Perdana Menteri apabila pemimpin kerajaan terlepas dari kes mahkamah tetapi berdiam apabila melibatkan pemimpin mereka.


Apa pembangkang ingin katakan? Mereka diam takut dilihat benarlah PMX tidak campurtangan urusan mahkamah.   


Tetapi apabila pemimpin mereka disiasat mulalah menabur fitnah ada campurtangan PMX, kes terpilih, sekadar persepsi politik dan sebagainya. Habis dihasut rakyat utk bermain politik bagi menghalalkan kesalahan mereka terutama bab fitnah.


Nampak tak bezanya PH dan pembangkang apabila penyokong PH dan pimpinan tidak menyerang mahkamah tetapi mengambil langkah proaktif membantu keluarga Ustaz Wanji. Itu BEZANYA ORG BERILMU DAN TIDAK.



No comments: