Kerajaan memerlukan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion bagi membaik pulih pelbagai kemudahan awam yang rosak di seluruh negara, termasuk tandas sekolah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, peruntukan tertinggi diperlukan ketika ini adalah bagi membaik pulih tandas sekolah yang menelan belanja RM1 bilion.