SURAT GEMBIRA & PENDERITAAN.ISLAM BUKAN PADA SLOGAN TAPI PENGAMALAN





Norman Radzuan.



Kita mahu Islam dan kemajuan


Bila melihat surat pekeliling satu khabar gembira dan satu lagi khabar derita hati saya benar2 geram. Dlm keadaan anak2 yg sdg mencari ilmu demi masa depan mereka, terpaksa belajar secara online kerana tiada air di kolej kediaman utk minum, mandi dan melepaskan hajat tetapi ahli Lembaga Pengarah Air mendapat habuan bonus.


Di Sabah mengikut rekod sejak 2015 seramai 1019 pelajar dari UMS, Uitm, Unitar, NBUC, Politeknik, City University dan Cosmopoint bekerja secara part time dgn saya.


Ada pelbagai bangsa dan agama…ada org susah, ada yg terpaksa bekerja utk biayai sewa bilik, ada anak yatim dan ada anak yatim piatu. Saya tahu betapa deritanya mereka utk menghabiskan pengajian terpaksa bekerja secara part time. 


Ia bukan suatu utk dibanggakan tetapi saya nak beritahu tak pernah saya katakan semua itu dilakukan atas nama Islam. Sebab semua itu tanggungjawab sosial dan saya serahkan pada Allah pahalanya. Kita jgn pedagangkan agama utk dilihat baik atau berkepentingan.


Bila melihat 2 surat itu sakit hati saya sb di negeri itu pemimpinnya menggunakan slogan perjuangkan agama. Apakah sebagai pejuang agama mereka boleh bergembira di aras penderitaan org lain apatah pangkat anak2 kita?


Islam bukan pada slogan. Slogan kosong berbentuk emosi dan sentimen biasanya sering digunakan oleh org politik terutamanya ketika kempen PIlihanraya bagi meraih sokongan undi. 


Org Melayu mudah terpengaruh dgn slogan keagamaan walaupun hanya omong kosong. Kita tidak boleh mengatakan dgn hanya menyebut kita kembali kpd Al Quran dan sunah maka semua masalah kita akan selesai.


Org Melayu atau umat Islam perlu menampakkan kebenaran Islam itu melalui pengamalannya. Bukan hanya mengakui agamanya Islam sahaja tetapi perlulah lebih daripada itu. Sebab itu org alim selalu berkata org bukan Islam melihat Islam bukan dari Al Quran tetapi lebih kpd akhlak.


Masalah kita skg mereka yg sesuka hati memetik ayat Quran dan hadis ini amalan mereka tidak seperti yang diucapkan oleh mulut mereka.


Mereka mendakwa pejuang Islam tetapi jika dilihat pada amalannya tidak terlihat pun mereka sebagai org Islam yg baik, sama ada melalui amal peribadi dan amal kekeluargaan atau institusinya.


Org politik selalu menyebut Islam itu penyelesaiannya. Hadi Awang pernah berkata pilih Islam masalah kos sara hidup boleh selesai. Tapi di Kelantan adakah ia selesai? Malah ia antara negeri termiskin dan terkenal dgn masalah sosial di negara kita.


Pernah lihat klip video dan terbaca kisah Ustaz mereka menunjukkan isyarat lucah di masjid, berita fitnah sana sini hingga berpuluh saman mereka tewas, menuduh org liwat sdgkan Ustaz mereka dibicarakan kerana kes liwat, berkahwin secara online dan bercerai secara online…? 


Adakah itu akhlak Islam? Kita kena faham Islam itu sempurna tetapi umat Islam itu tidak sempurna utk kita menjadi taksub dgn mereka. Jgn hanya dgn slogan ‘ Islam adalah jawapan’ masalah ekonomi, air, kebersihan, peluang pekerjaan akn selesai.


Jgn salah faham saya kritik maksud ‘Islam adalah jawapan’…bukan saya memperlekehkan Islam ataupun mengatakan Islam mempunyai kecacatan dan tidak sempurna. Yg ingin saya sampaikan pentingnya kita menyusun semula pemahaman kita tentang apa itu Islam. 


Ini penting kerana ada byk persoalan dan masalah di dlm masyarakat yg memerlukan jalan penyelesaian bukan hanya dgn slogan retorik yg tidak membantu.

Slogan bukan ayat jampi atau tongkat sakti yg boleh mengubah sesuatu begitu sahaja seperti ahli silap mata.


Ia mesti dilaksanakan … ini anak2 derita di kolej tidak berair, mereka pula bergembira dpt bonus. Anak2 kampung derita mandi air keroh, mereka di kontor duduk dlm bilik berhawa dingin, tidak cukup dgn itu beli kereta Mercedes dgn duit rakyat… slogan yg mereka laungkan tidak diterjemahkan dgn cara atau akhlak kehidupan . 


Ini bukan ajaran Islam. Umar Abdul Aziz memerintah selama dua tahun setengah, iaitu 30 bulan.Dia tidak meninggal dunia kecuali selepas membuatkan rakyatnya kaya dgn harta yg melimpah limpah.


Saat itu tidak ditemukan lagi org yg berhak menerima zakat. Umar Abdul Aziz telah membuat seluruh rakyatnya menjadi kaya. Zaman skg bagi 33 bulan apa dia buat… rakyat mandi air telaga dia naik kereta Mercedes. Rakyat tgh susah dia sibuk nak jatuhkan kerajaan.