ANWAR PILIHAN TERTINGGI SEBAGAI PM.






Sebuah kajiselidik mendapati DS Anwar mendapat sokongan paling tinggi di kalangan rakyat dalam satu tinjauan yang dijalankan oleh Endeavour-MGC terhadap 1,068 responden. 791 daripada responden adalah dari kaum Melayu.


46% responden semua kaum dan 32% responden Melayu mahu DS Anwar menjadi PM untuk tempoh sekarang berbanding hanya 17% responden semua kaum dan 25% responden Melayu yang mahukan Mahiaddin menjadi PM.


Begitu juga gabungan parti yang menjadi pilihan, PH mendahului dengan 39% responden pelbagai kaum memilih gabungan tersebut diikuti PN pada 18% dan BN 17%. PN kutuk BN rupanya tak hebat mana pun. Sama level je.


Cuma bagi responded Melayu, PN lebih menjadi pilihan dengan 26% diikuti BN (24%) dan PH (20%). Perbezaan yang tak besar mana dan gabungan PH dan BN mendapat sokongan hampir sekali ganda dari yang diperolehi PN.


Ini mungkin disebabkan oleh satu lagi dapatan iaitu 30% responden Melayu menjadikan isu agama sebagai pertimbangan penting dalam memilih parti pemerintah. Maka tak sia-sialah PAS/PN tunggang agama demi pengaruh.


Baca berita penuh di https://shorturl.at/gmFY3.


Bagi aku dapatan ini menunjukkan yang usaha PMX DS Anwar dihargai oleh rakyat dan dalam 5 tahun, tak mustahil sokongan terhadap PN turun dengan lebih banyak. Mungkin itu sebabnya PAS sekarang menggelabah teruk.


Cuma PH kena berhati-hati dengan permainan isu agama. Perlu teliti dulu segala langkah yang mahu diambil agar tidak dimanipulasi oleh penunggang agama seperti isu Jill Ireland dan Coldplay. Mereka sentiasa tunggu PH tersilap langkah.


Apa pun, yang paling aku puas hati, PN yang asyik tertawakan BN, tak berbeza mana pun dari segi sokongan rakyat. Sebaliknya BN boleh dikira berada di atas PN sekarang kerana menjadi sebahagian daripada kerajaan.


Jika trend ini berterusan, dalam tempoh 3 tahun, PN pasti akan tutup buku. Apalagi kalau Mahiaddin dan  klan penyakau dalam PN dijatuhi hukuman penjara. Nescaya PN hanya tinggal sejarah yang tak ingin diingati. Maka betullah kata orang. Di mana ada PAS, di situ ada kegagalan. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


No comments: