ANWAR PM PERTAMA HADIR KE PESTA KAAMATAN??JOM KITA BACA KISAHNYA.


Adrian Lim.


Jawapannya bukan.

Anwar bukan PM pertama meraikan Pesta Kaamatan.

Mahathir PM pertama meraikan Pesta Kaamatan pada tahun 1994.

Anwar PM kedua meraikan Pesta Kaamatan pada tahun 2023.


Tetapi apabila Huguon Siou (pemimpin agung) masyarakat Kadazan Dusun Murut Rungus Sabah mengumum Anwar sebagai “PM pertama meraikan Pesta Kaamatan” pada hari ini, mesej yang ingin disampaikan oleh rakyat Sabah ialah betapa bencinya rakyat Sabah terhadap Mahathir.


Masyarakat Sabah secara umumnya membenci Mahathir atas dua sebab:

1. Krisis Perlembagaan tahun 1994

2. Masalah Pendatang Tanpa Izin (PTI)


Sebelum tahun 1994, Sabah telah diperintah oleh parti-parti tempatan Sabah seperti PBS. PBS pada ketika itu lebih kurang macam GPS di Sarawak pada hari ini.


Joseph Pairin Kitingan selaku Presiden PBS dan Ketua Menteri Sabah pada ketika itu pula lebih kurang macam Abang Jo Pengerusi GPS dan Premier Sarawak pada hari ini.


Parti tempatan dan orang tempatan berkuasa mutlak dan menentukan hala tuju Sabah.


Dalam Pilihan Raya Sabah 1994 yang berlangsung pada Februari 1994, PBS telah berjaya mengalahkan BN pimpinan Mahathir.


Namun, percaturan politik telah segera diatur supaya wakil-wakil rakyat PBS melompat keluar.


Dua bulan selepas Pilihan Raya Sabah tahun 1994, pada Mac 1994, Pairin terpaksa meletak jawatan kerana kehilangan majoriti. Pairin hilang majoriti kerana katak-katak melompat keluar dari PBS ke BN pimpinan Mahathir.


Insiden tersebut lebih kurang macam Langkah Sheraton tahun 2020 lah di mana katak-katak telah mengkhianati mandat rakyat dan melompat keluar dari PH ke Bersatu/PN sehingga mengakibatkan kejatuhan PH.


Jadi Pairin dan Anwar ini mempunyai suatu persamaan, iaitu dikhianati dan menjadi mangsa kerakusan Mahathir.


Selepas PBS berjaya dijatuhkan pada bulan Mac 1994, dua bulan kemudian pada bulan Mei 1994, Mahathir pula ke Sabah untuk merai Pesta Kaamatan.


Bayangkan betapa hinanya rakyat Sabah dibuat oleh Mahathir. Selepas Sabah dikucar kacirkan oleh Mahathir, rakyat Sabah pula kene sambut dia sebagai VIP.


Sejak detik hitam tahun 1994 itu, lanskap politik Sabah telah berubah buat selama-lamanya.


Sabah kekal sebagai negeri termiskin tahun demi tahun, infrastruktur asas seperti bekalan air, bekalan elektrik, jalan raya, sekolah, hospital dan sebagainya kekal serba kekurangan, masalah pendatang tanpa izin (PTI) semakin hari semakin parah.


Kesannya dirasai sehingga hari ini.


Jadi, apabila Pairin, yakni pemimpin paling agung masyarakat Kadazan Dusun Murut mengumum bahawa Anwar ialah PM pertama meraikan Pesta Kaamatan, itu isyarat jelas betapa bencinya rakyat Sabah terhadap Mahathir sehingga tahap tidak mahu mengakui kewujudan Mahathir.


Rakyat Sabah mahu menganggap bahawa Mahathir ini manusia yang tidak pernah wujud. Segala sejarah tentang Mahathir lebih molek dipadam dan dianggap tidak pernah wujud.


Selain itu, pengumuman Pairin juga isyarat betapa besarnya harapan rakyat Sabah terhadap Anwar.


Kerosakan yang dilakukan oleh Mahathir masih dirasai pada hari ini. Tetapi apa yang telah berlaku pun telah berlalu. Harapan besar rakyat Sabah diletak pada bahu Anwar, agar apa yang telah rosak boleh diperbaiki, apa yang kurang boleh ditambahbaik.


Sebab itu walaupun dari segi ketepatan fakta sejarah itu Anwar bukan PM pertama, tetapi dalam hati rakyat Sabah sekarang, Anwarlah PM pertama meraikan Pesta Kaamatan.



No comments: