Nizam Awami
Pertama kali aku masuk kem di MALAYSIA setelah hampir 90 hari berada di bumi Malaya.. Selama ni aku OFF GRID sahaja.
Jeremoh dgn segerombolan campers dari Swiss dan Bundesrepublik Deutschland sebanyak 18 units. Mereka baru 10 bulan dlm perjalanan ke Asia Pacific.
Pelbagai soalan aku kena jawab apabila mereka melihat PELEKAT ICP dicermin van aku ..Mai kot mana..lalu celah mana...dah berapa lama.. Laluan depa lebih kurang sama dgn laluan aku. Mereka berkumpulan aku LONE RANGER...
Banyak persoalan yg dibicarakan. Banyak berkisar birokrasi di negara Malaysia. Malaysia tidak FRIENDLY PENGEMBARA BERKENDERAAN SENDIRI. Polisi zaman TOK NADHOQ masih diguna pakai. Perasaan curiga masih menebal .Perasaan takut dgn bayanngan polisi dan undang2 ciptaan sendiri menjadi satu JARINGAN yg menghalang pengembara dari luar. Kejujuran agensi2 terlibat menjadi satu MIMPI NGERI utk pelancung berkenderaan sendiri ke Malaysia . Pihak penguatkuasa gagal mengenal pasti antara pelancung dan barang dagangan.
Mengambil kesempatan oleh agensi2 lantikan juga menjadikan industri pelancungan berkenderaan sendiri di Malaysia terbantut. Ramai pelancung betkenderaan sendiri "FED UP" . Polisi yg ada sekarang lebih TERUK dari beberapa negara Afrika . Malah ada beberapa negara Afrika lebih mesra pelancung ..