SONGSANG DALAM PENTADBIRAN PAS

 


Kenapa banyak sangat perkara songsang dalam pentadbiran Kelantan yang didedahkan? Kalau kita tanya walaun, mereka akan kata sebab nak PRN. Sebab Mahussin, ahli UMNO saja nak rosakkan imej pentadbiran ulama.


Tapi aku nak kita bandingkan. Kita tengok Selangor yang ditadbir oleh PH. Di Selangor ramai penyokong UMNO. Lebih ramai berbanding di Kelantan. PAS di Selangor juga tak sesolid PAS di Kelantan.


Sebelum Kerajaan Perpaduan tertubuh, PH dan BN memang bermusuh. Jadi ada saja usaha UMNO untuk burukkan pentadbiran Selangor. Itu normal. Cuma aku nak tanya, ada tak yang berjaya? Tak ada kan? Kenapa?


Sebab tak ada yang salah pun dalam pentadbiran PH di Selangor. Tapi berbeza dengan kerajaan PAS di Kelantan. Saban hari ada saja kebejatan yang didedahkan. Dan nampak jelas yang pemimpin PAS Kelantan menggelabah.


Kenapa? Sebab setiap pendedahan itu disertakan sekali dengan bukti dan fakta yang tak dapat nak disangkal oleh pemimpin sana. Oleh kerana mereka tak mampu nak bela diri, jadi mereka buat serangan peribadi kepada yang mendedahkan.


Kalaulah pentadbiran PAS bersih di Kelantan, tak perlu pun nak serang Mahussin secara peribadi. Semua serangan boleh dikilas dengan fakta. Maka ternyata setiap pendedahan oleh Mahussin adalah benar dan ada asas.


Ini yang walaun dan para non-partisan perlu lihat. Sebuah negeri yang miskin dan ketinggalan seperti Kelantan pun boleh dijadikan sumber kekayaan mereka. Apa lagi kalau negeri maju seperti Penang dan Selangor. 


Menjelang PRN nanti, bukan setakat perlu pertahan Selangor, Penang dan Negeri Sembilan, tapi juga merdekakan Kelantan, Kedah serta Terengganu dari cengkaman PAS. Jangan biarkan negeri-negeri ini terus rosak di bawah pimpinan orang tamak. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.



No comments: