NORMAN RADZUAN
Demi kuasa masing2 jilat kembali cercaan
PN PEJUANGKAN HANYA SATU KAUM?
Saya tidak terkejut apabila Tun Mahathir sanggup menyambut TS
Hadi Awang utk bekerjasama. Strategi Mahathir sangat mudah dibaca dan beliau
sanggup lakukan apa sahaja asal cita2nya tercapai.
Walaupun tidak masuk akal manusia, ada seorang lelaki di usia 98
tahun masih lagi ingin menjadi pencatur politik tetapi itulah Mahathir yg kita
kenali. Sejak era 80an sifat pendendamnya tidak pernah padam. Malah sejak dulu
lagi beliau mengamalkan strategi pecah dan perintah utk berkuasa.
Yg terakhir beliau hampir berjaya memecahkan Pakatan Harapan
apabila Mat Sabu dan Lim Guan Eng begitu mesra dgn Mahathir berbanding DS
Anwar.
Strategi kedua yg diamalkan Mahathir… mempergunakan musuh atas
nama penyatuan utk memerangi kemusnahan. Dahulu kononnya ingin bersama sama
lawan rasuah, kali ini strateginya konon ingin bersama sama ‘selamat’ kan
Melayu.
Jika dulu sanggup ke mahkamah bertemu Anwar, insan yg beliau
aibkan dan hancurkan karier politiknya dan kali ini beliau sanggup bertemu Hadi
Awang. Suatu ketika dahulu Mahathir menjadi bahan serangan politik Hadi Awang
kerana kes Memali.
Hadi ingat beliau boleh gunakan Mahathir dgn konsep win win
situation tetapi sebenarnya Mahathir yg win. Ini kerana Mahathir kali terakhir
bertanding dirinya dan parti hilang wang pertaruhan di semua kawasan mereka
bertanding. Bermakna Mahathir telah ditolak oleh rakyatnya sendiri.
——————————————————————————
Dalam politik bukan suatu mengejutkan lawan jadi kawan, kawan
jadi lawan. Politik adalah dinamik dan permainannya sukar dibaca.
Cuma yg menjadi persoalan corak pembangkang (Perikatan Nasional)
berkempen. Di era 2023 ini masih memainkan isu perkauman ia sgt tidak relevan,
bahaya utk keharmonian serta ia boleh menghancurkan masa depan negara.
Tahap kempen perkauman dimainkan sesetengah pemimpin bersifat
emosional dari rasional dan praktikal. Kepalsuan diangkat menjadi benar dan yg
benar menjadi palsu dlm isu2 perpaduan serta integrasi.
Ia menggugat cita2 Agong melalui PMX utk membawa perpaduan di
dlm negara. Politik adalah dinamik dan tidak boleh menjadi eksklusif utk satu
golongan sahaja kerana negara ini ada kepelbagaian kumpulan etnik.
Strategi ampuh pembangkang memainkan sentimen perkauman
kebencian antara kaum akan berhasil utk kawasan Melayu luar bandar tetapi
persoalannya adakah ia strategi ampuh utk mendapat kuasa menjadi kerajaan.
Mustahil ia berlaku kerana strategi perjuangan parti tidak boleh
dikhususkan kpd sesetengah golongan saja berikutan negara ini mempunyai
masyarakat berbilang bangsa, usia dan terdiri daripada Semenanjung, Sabah dan
Sarawak.
PRN ini sebenarnya org seperti saya bukan hanya melihat siapa
menang siapa kalah tetapi jauh dari itu. Apatah menang atau kalah ia tidak
mengubah kerajaan perpaduan ini.
Saya mahu melihat adakah parti perkauman semakin berkembang,
adakah PH dan BN berjaya menarik kembali undi Melayu, adakah pengundi Melayu
UMNO ikhlas utk mengundi PH, adakah PH/BN mampu bersaing perang dunia medsos yg
diakui dikuasi PN dan byk lagi.