NASIHAT UNTUK AHLI UMNO

 

Mohd Faisal

Dalam politik saya suka mengambil kira peristiwa yang lepas2 sebagai ukuran atau panduan. 

 

Apa yang berlaku hari ini adalah ulangan peristiwa yang hampir sama berlaku pada tahun 2015 dan 2016. 

 

Menjatuhkan orang yang sedang memegang kuasa bukan semudah makan kuaci. Sebab kuasa di tangan dia. 

 

Tahun 2015 dan 2016, macam2 gerakan dari luar dan dalam mereka buat untuk menjatuhkan DSNR. 

 

Malah sampai ke peringkat antarabangsa. Pernah satu ketika kita rasa terkedu dan terduduk apabila DOJ buat siaran langsung dedah macam2 benda untuk membuat persepsi buruk terhadap ketua kita ketika itu. Dari situlah muncul perkataan MO1. 

 

Shahbudin Husin salah seorang ketika itu tukang bakor di fb pasal kenyataan DOJ. Geram ja aku waktu itu kepada dia. Jangan marah Abg Din. Saja menggamit kenangan lama. 

 

Siaran langsung DOJ masa itu kita lihat melalui FB. Gegak gempita malam hari dibawa hingga ke pagi esok. Sebiji sama peristiwa malam tadi dan pagi ini. Malam tadi pun kita tonton melalui FB. 

 

Tidak cukup dengan DOJ dan Sarawak Report, dalam negara pula UMNO berpecah kepada dua kumpulan. Muncul pula Umno Team A dan Team B. 

 

Kalau saya nak cerita terlalu panjang bagaimana cara2 yang dibuat untuk menjatuhkan DSNR. Pernah satu ketika hampir2 jadi dengan bantuan peguam negara ketika itu. Tetapi berjaya dipatahkan tang konar. 

 

Segala cara dan segala usaha, tidak ada satu pun yang berjaya. 

 

Anwar juga pernah hendak menjatuhkan Tun M ketika beliau berkuasa. Akhirnya tidak berjaya juga. 

 

Sekarang ini kita pula sedang ulangi benda yang sama. Bagi saya ianya satu kerugian dan membuang waktu. Dan imej kita akan semakin tercalar. Kita rasa kita mendapat sokongan. Tetapi kita hanya melihat dalam kelompok kita sahaja. 

 

Bagaimana dengan kelompok masyarakat terbanyak yang tidak berpolitik ? Cuba lihat komen2 orang biasa di portal2 berita. Suasana berbeza dari komen2 orang yang mengikuti kita. 

 

Pada saya biarlah kerajaan ini buat kerja mereka. Manakala parti kita fokus untuk PRU 15. Tiga tahun telah berlalu, tinggal dua tahun lagi. Dan saya yakin kerajaan PN ini tidak akan menang PRU akan datang. 

 

Seperti yang saya pernah katakan berkali2 sebelum ini, pada saya tidak salah jika kita menjalinkan hubungan rasmi dengan PKR dan DAP utk PRU 15. Pastikan ianya dlm bentuk rasmi. Bukan dgn cara di belakang ahli2. 

 

Perjalanan pandemik kita ini sebenarnya masih jauh lagi. Bukan selesai dengan vaksin. Bagaimana hendak membangunkan ekonomi balik selepas habis pandemik ? Panjang lagi ceritanya itu….

 

Untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi kita perlukan sebuah kerajaan yang kuat dan stabil. Kerajaan yang ada 2/3. Kerajaan yang diwakili pelbagai kaum yang mencerminkan imej masyarakat Malaysia. Barulah pelabur2 asing dan dunia luar akan percaya. 

 

Bagaimana untuk dapatkan kerajaan yang begitu ? Seperti yang saya katakan sebelum ini, jajaran baru itu sebenarnya bagus. Kita bina politik Malaysia baru pasca covid. Tetapi untuk ahli2 kita menerima jajaran baru itu bukan mudah. Sebab itu masa dua tahun ini perlu digunakan bagaimana untuk meyakinkan ahli2 dan orang ramai. 

 

Apa-apa pun doakanlah yang terbaik untuk tanah air dan rakyat kita.