Alhamdulillah, dalam 6 bulan pertama ni, rakyat dah dapat harga
ayam, telur, minyak masak & beberapa barangan semakin stabil. Bekalan pun
mencukupi berbanding 33 bulan PN dalam kerajaan.
Selain itu rakyat juga terus dapat subsidi elektrik tanpa
mengira taraf hidup yang PN mahu hapuskan dulu. Memang kerajaan bakal dikaji
semula tapi pengkelasan taraf hidup mengikut gaji juga akan ditakrif mengikut
kaedah yang lebih tersusun.
Rakyat juga baru sekali dapat kenaikan OPR. Bukan macam masa PN
memerintah dahulu. Setiap tiga bulan rakyat dihadiahkan kebaikan OPR. Walaupun
kerajaan dakwa konon ekonomi semakin pulih.
Rakyat B40 dapat Inisiatif Pendapatan Rakyat yang memberi
peluang mereka memulakan perniagaan. Ada bisnes bekalkan makanan ke vending
machine yang sewanya ditanggung kerajaan dan juga bisnes pembersihan.
Rakyat juga dapat kurangkan kos kerja seharian dengan adanya
menu Rahmah. Dapat beli makanan yang enak dan mengenyangkan pada harga hanya
RM5. Banyak dapat dijimatkan di situ.
Rakyat juga dapat kestabilan politik yang kembali jadikan
Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang mana ia akan membuka lebih banyak
peluang pekerjaan.
Banyaklah kalau nak senaraikan apa yang rakyat dapat dalam 6 bulan
Kerajaan Perpaduan berada di Putrajaya. Kalau nak dibandingkan dengan 33 bulan
PN berkuasa, rakyat cuma dapat susah.
Kes bunuh diri pun meningkat. Ada yang terpaksa kibar bendera
putih. Lebai masa tu siap larang kibar bendera. Suruh angkat tangan berdoa je.
Ada lebai yang samakan rakyat dengan haiwan kalau kritik kerajaan.
Jangan lupa yang rakyat dapat vaksin di zaman PN dalam kerajaan.
Dapat juga ugutan dari menteri yang hidup mereka akan disusahkan jika enggan
ambil vaksin. Sebegitu hebat.
Cuba bandingkan apa yang rakyat dapat sekarang dengan ketika PN
dalam kerajaan dulu. Agak-agak mana yang rakyat lebih mahu?
Paling istimewa, di zaman Kerajaan Perpaduan ini, rakyat dapat
tahu orang yang mengaku abah rakyat Malaysia rupanya sakau duit rakyat berarus
juta nilainya. Sekali anak beranak dia terlibat.
Dan rakyat juga baru dapat tahu dalang di sebalik kekurangan
bekalan minyak masak bersubsidi rupanya adalah anak menteri dari PN. Jadi masih
nak tanya lagi rakyat dapat apa dalam enam bulan ini? Guane boh?