NORMAN RADZUAN
Antara setuju & tidak bersetuju dgn Ketua Pemuda Umno
DAP PERLU ‘DAP BARU’ HAPUSKAN ‘DAP FOBIA’
Saranan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal mahu DAP membuat
permohonan maaf secara terbuka atas semua kata2 dan tohmahan yg pernah
dilemparkan kpd UMNO sehingga mengguris hati semua ahli parti itu ada betul dan
tidaknya.
Yg tidak betulnya, Akmal mesti ingat UMNO juga lebih byk memberi
tohmahan yg teruk kpd DAP dgn pelbagai isu perkauman. Adalah tidak adil jika di
satu pihak sahaja berbuat demikian.
Namun jika UMNO memohon maaf… ia akn dijadikan naratif kebencian
atau bom atom utk PN menghina UMNO dan org Melayu. Ia hanya memberi kesan
negatif atau kebencian yg lebih besar kpd org Melayu.
Apapun yg betulnya jika mahu lembutkan hati org UMNO atau org
Melayu atas pagar, DAP mestilah berjiwa besar utk membuat pemohonan maaf
walaupun ia dilihat tidak adil.
Benar DAP tidak perlu pengundi Melayu kerana tanpa sokongan kaum
majoriti ini, kerusi DAP tetap selamat. Namun DAP jgn pentingkan diri sendiri ,
mereka mesti fikirkan nasib PKR, UMNO dan Amanah akn kehilangan byk kerusi
Melayu kerana liabiliti mereka adalah DAP.
Kita mesti ingat dlm PRN akn dtg ini, 90% pengundi PH akn
mengundi BN. Tetapi pengundi Melayu UMNO belum tentu akn mengundi PH dan
pastinya akn memberi undi sabotaj dgn mengundi PN.
Ini dpt dibuktikan di dlm gelombang hijau yg lalu BN dpt
mengekalkan DUN Tioman sebalik PH tewas Parlimen Padang Serai di mana PH
menerima kenaikan 4 ribu undi, sebaliknya 15 ribu undi BN memberikan PN (PAS)
kelebihan majoriti 16 ribu undi.
Petunjuk itu sebagai data dan fakta bahawa pengundi Melayu BN
tidak mengundi PH walaupun PH dan BN membentuk kerajaan Perpaduan. Jadi PKR,
UMNO dan Amanah perlukan bantuan DAP dgn hanya memohon maaf secara terbuka.
Persoalannya kenapa org Melayu tidak mahu mengundi PH & BN?
Asas utamanya ia bermula dgn tewas persepsi di media sosial.
Pertama mereka yg mengundi PAS percaya undi PAS mereka akn dpt jalan pintas ke
syurga dan hak org Melayu terpelihara.
Kedua org Melayu takut kpd DAP seperti takut kpd hantu. Mereka
belum pernah nampak hantu tetapi sgt takut dgn hantu kerana sejak kecil
ditakutkan dgn hantu.
Begitulah mereka tidak kenal DAP tetapi ditakutkan dgn DAP sejak
remaja. Sebenarnya tiada bezanya antara DAP dgn MCA dan Gerakan. DAP sgt
dibenci org Melayu hanya kerana persepsi tadi.
———————————————————————————
DAP ERA BARU
DAP di bawah Anthony Loke sewajar berjiwa besar utk membetulkan
apa yg salah. Walaupun DAP era Anthony Loke dilihat jauh berbeza dgn DAP di era
Lim Guang Eng yg dilihat agak keras dgn ideologi politik parti itu tetapi
perubahan itu tidak disokong dgn kempen atau marketing utk pembaharuan
tersebut.
Langkah2 perlu diambil DAP utk tidak membebankan PKR, Amanah,
UMNO dan GRS sendiri ialah dgn memohon maaf atas kesilapan ideologi politik
mereka yg agak ekstrim dgn slogan ‘ Malaysia Malaysian’ yg pernah diperjuangkan
oleh DAP era Tan Sri Lim Kit Siang sebelum ini.
Kerana slogan sama tara ini jugalah diratib oleh musuh2 politik
mereka hingga membuatkan DAP dianggap ancaman kpd negara seperti tindakan
komunis sebelum ini. Ia bukan soal parti ini bukan gerakan komunis dan DAP
parti berdaftar yg sah tetapi ia bagaimana utk melawan dan menutup persesi
negatif kpd parti ini.
Langkah kedua DAP mesti menunjukkan kesedaran politik masakini
yg memerlukan keterbukaan dan menerima hakikat bahawa bumi Malaysia ini
bertuankan org Melayu.
Apabila Lim Kit Siang sanggup menerima anugerah Tan Sri daripada
Yang Dipertuan Agong ia telah membuktikan reformasi politik DAP yg mengalami
perubahan sedikit demi sedikit. Sekaligus menutup isu penderhakaan DAP kpd
Raja2 yg sering dimanipulasi oleh pemimpin UMNO dan PAS sebelum ini.
Bagi saya memohon maaf secara terbuka itu walaupun tidak adil ia
memberi impak yg sgt besar kpd pengundi2 Melayu. Fitrah manusia bila pemohonan
maaf dibuat kemarahan akan reda.
Masih saya ingat di UK beberapa kali saya lihat mereka cukup
pantang bila kita terlanggar bahu atau melakukan kesilapan tidak memohon maaf.
Mereka akn kejar dan pegang kita dan bertanya kenapa tidak meminta maaf akn
kesilapan. Jika kita kata ‘Im sorry’ terus mereka jawab ‘Its ok…” mudah kan kerana
manusia lemah dgn pemohonan maaf.
Kunci utk menambat hati pengundi Melayu, DAP perlu lembutkan
hati org Melayu dgn cara memohon maaf secara terbuka dgn mengakui kesilapan yg
lalu. Istiharkan sahaja ‘DAP BARU’… mudah tidak perlu berkempen siang malam.
Org Melayu ini sudah dipergunakan oleh Mahathir dgn strategi
divide and rule. Cukuplah jgn DAP menjadi sebahagian dari perpecahan itu.