PENGIKUT HADI BUAT BUAT LUPA AMANAT HADI BAB NAMA ALLAH.






Tengah hari tadi, pemuda Pas buat Perhimpunan Aman di Masjid Shah Alam. Bantah orang bukan Islam gunakan kalimah Allah. 


Dari segi perundangan, orang bukan Islam hanya boleh guna kalimah Allah dalam teks bahasa Inggeris mereka. Malah ceramah di gereja, ok saja boleh guna. Kita paham mereka gelar tuhan mereka Allah juga. Di Indonesia pun sama. 


Yang tak boleh ialah guna kalimah Allah dalam terbitan Bahasa Melayu. God dan Son of God perlu diterjemahkan kepada “Tuhan” dan “Anak Tuhan”. 


Lebih mudarat sekiranya diterjemah kepada “Allah” dan “Anak Allah”. Kerana bagi orang Islam, Allah itu tidak punya anak. 


Tambah bila teks itu tersebar kepada orang Islam. Akan timbulkan kecelaruan di situ. Lagi pula kita ada undang2 yang melarang penyebaran agama lain kepada orang Islam. Takut terpesong akidah. 


Kita emphaty la kepada pejuang Islam sebenar. Bukan yang tunggang agama. Ada meritnya di situ. Yang boleh disokong. 


Lagipun bukan rakan2 non Muslim tak boleh guna Allah langsung. Nak guna dalam gereja atau dalam Komuniti mereka saja, dibolehkan. Dalam teks bahasa Inggeris pun sama. 


Cuma jangan diletak dalam teks bahasa Melayu. Itu lah sensititi yang perlu di kompromi dan dihormati. Ini mengikut keputusan Mahkamah Persekutuan, dalam kes Herald Tribune, 9 tahun lalu. 


**********************

Ironinya, sejak tahun 2013 hingga sekarang, TG Hadi kata boleh je semua golongan dan kaum guna Kalimah Allah. Siap kena puji dengan Parti Gerakan lagi. 


Yang penyokong PN PAS melompat teruk kenapa? Bab yang ni tak wala pula?


~LM~



No comments: