BUNYI MACAM ELOK. TAPI JAGA WALAUN TAK SEKOLAH BUKAN DEPA FAHAM


 


Bunyi macam elok. Tapi kena tunggu dulu hasilnya bagaimana. Harap akan dedahkan juga bagaimana Pangkalan Data Utama (PADU) kumpul data. Dari mana segala data itu diambil kita kena ambil kira.


Dan kalau kerajaan terlalu risaukan subsidi petrol, sudah masanya kerajaan sediakan insentif untuk kenderaan elektrik. Mungkin boleh kurangkan duti import supaya dapat murahkan harga kereta.


Atau kerajaan lancarkan industri kenderaan elektrik sendiri. Mulakan dengan Proton dan Perodua. Beri insentif atau buat kerjasama. Yang penting usaha agar harga kereta elektrik dapat diturunkan.


Bukan setakat harga, kena juga banyakkan charging station. Lebih penting, kena naikkan juga prestasi kereta. Janganlah setakat 100kmj. Baru menarik minat orang ramai untuk miliki kereta elektrik.


Kalau rakyat dah ramai-ramai beli kereta elektrik, terutama yang di kawasan bandar secara automatik penggunaan petrol berkurang. Subsidi petrol pun dikurangkan secara langsung. Settle. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.