BANTUAN SEGERA BINAAN BANGGUNAN ASRAMA DAN DIPERCEPATKAN


 Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan berkunjung ke SMKA Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail, Pedas bersama-sama YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Menteri Pendidikan dan Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Rembau.

Kunjungan ini adalah bagi melihat secara dekat keadaan fasiliti dan prasarana sekolah susulan insiden kebakaran sebahagian daripada bangunan asrama pada Julai tahun lalu.

Sehubungan itu, atas keprihatinan dan kepentingan guru serta para pelajar, Kerajaan telah bersetuju meluluskan RM3.89 juta bagi memperbaiki asrama yang musnah akibat kebakaran tersebut.

Selain itu, untuk keselesaan dan meningkatkan motivasi warga sekolah, Kerajaan juga bersetuju meluluskan tambahan sebanyak RM310,000.00 bagi membaik pulih surau serta bilik guru.

Walau dalam keadaan asrama yang kini sesak dan kemudahan minima, kecekalan, dedikasi para guru dan disiplin anak-anak masih mampu mengangkat sekolah ini menjadi sekolah cemerlang. 

Semoga peruntukan ini dapat membantu para guru mendidik dan anak-anak di sekolah berusaha lebih kuat. Berusaha keras dengan ciri ‘Itqan Fil Amal’, kecemerlangan dalam amal untuk melahirkan para huffaz yang tegak dengan kekuatan ilmu dan akhlak dalam menyempurnakan adab.

#MalaysiaMADANI