Dilaporkan hampir semua portal berita seantero dunia.







Malaysia mencatatkan lebihan akaun semasa berjumlah RM4.3 billion pada suku pertama tahun 2023.


Apabila sirih pulang ke gagang, apabila Malaysia melantik mantan Menteri Kewangan Terbaik Asia suatu ketika dahulu serta seorang yang istiqomah memerangi rasuah - ini hasilnya.


Memang sosok insan bernama Anwar Ibrahim bukan siapa-siapa kepada para pembenci beliau. Pada mereka beliaulah segala yang buruk. Bukan orang biasa sahaja malah mantan PM terdahulu yang dua kali jadi PM pun memperlekehkan. Suatu ayat jahat dari mantan mamak bendahara itu, mana Anwar nak cari wang dengan pembentangan belanjawan yang sangat besar kalau tidak dengan jalan pinjam!


Sekarang sudah jelas di depan mata bahawa dengan perbelanjaan berhemah dan membanteras rasuah dengan bersungguh-sungguh maka bantuan kerajaan langit mudah turun.


Selalu kita ingatkan hadis yang PM Anwar suka menyebutnya:


ارْحَمُوا مَنْ فِي الأَرْضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ 


Bermaksud:

''Sayangilah siapa pun yang ada di bumi maka akan menyayangimu zat yang ada di langit."


Semoga pencapaian demi pencapaian dapat dicapai oleh Malaysia. Kami pendokong PH dan Kerajaan Perpaduan yakin dengan pilihan kami. Semoga Allah memberkati Malaysia seterusnya!