Kamsiah Heider
Bahasa Melayu , Bahasa ini sahaja yang penganut agama kristian ini faham maka bahasa ini lah yang digunanya .
Masalah yang ada adalah mempolitikkan isu ini. Mantan PM tebuk atap patut lebih sensitif terhadap salah laku tidak amanah dan curang semasa memerintah . Allah tidak ada jurubahasa didunia ini .
Disebabkan keputusan kes ini hanya menyentuh soal undang-undang pentadbiran dan perjalanan kuasa pentadbiran, maka cara terbaik dan terpantas untuk menyelesaikannya adalah melalui perubahan pada undang-undang pentadbiran dan perjalanan kuasa pentadbiran.
Oleh sebab itu, pengumuman KDN bahawa ia sedang mengambil langkah mengkaji dan mengemas kini satu arahan yang lebih menyeluruh bagi menangani isu penggunaan kalimah Allah, Baitullah, Solat”, dan Kaabah agar selari dengan kepentingan dan kemaslahatan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia adalah langkah terbaik.
Ia membuktikan Kerajaan Perpaduan, tidak seperti kerajaan-kerajaan sebelumnya, mempunyai iltizam politik yang kuat untuk menyelesaikan setuntasnya masalah ini dengan tidak perlu menunggu sehingga selepas proses rayuan selesai barulah pihak kerajaan mahu meminda arahan atau undang-undang berkenaan kerana ini hanya akan membazir masa.
Masa sama, jaminan KDN bahawa ia akan memastikan kebebasan beragama tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau kemoralan serta kebebasan beragama masih tertakluk kepada undang-undang persekutuan/negeri yang boleh mengawal atau menyekat pengembangan doktrin atau kepercayaan agama lain dalam kalangan orang Islam, akan memastikan bahawa kegusaran dalam kalangan umat Islam tidak akan berlaku.
Inilah Malaysia Madani yang sebenarnya, Malaysia yang bertoleransi dan saling menghormati.