Sebelum kerajaan bercerita tentang pemotongan subsidi, terutama terhadap T20, perkara pertama yang mesti dibuat adalah klasifikasi semula.
Klasifikasi B40, M40 dan T20 tak sesuai bahkan tak gambarkan keadaan sebenar. Bayangkan kalau gaji RM10k sudah dikira kaya. Sangat tak tepat.
Sepatutnya klasifikasi dibuat berdasarkan jumlah pendapatan yang kena cukai. Iaitu setelah ditolak segala perbelanjaan wajib terhadap diri serta juga tanggungan.
Mana nak dapat info tu? Setiap tahun kita isi borang cukai. Dalam borang tu dah disenaraikan segala info yang diperlukan. Baru keputusan lebih tepat.
Contoh bagi mereka pendapatan kurang RM50,000 ke bawah setahun, bantuan perlu diberikan dalam bentuk tunai dan inisiatif pendapatan.
Manakala yang bergaji RM50,001 ke RM150,000 pula tidak perlu dibantu dengan tunai tapi terus dibantu melalui inisiatif pendapatan rakyat dengan tujuan menambah pendapatan mereka.
Bagi yang pendapatan kena cukai dari RM150,001 hingga RM300,000 pula tiada bantuan perlu diberi tetapi masih boleh menikmati semua subsidi.
Manakala yang melebihi RM300,000 baru boleh diberhentikan subsidi. Itu pun subsidi yang menelan dana kerajaan yang terlalu besar sahaja.
Secara ringkas,
Tier 1 <RM50,000 - Bantuan tunai, IPR & Subsidi
Tier 2 RM50,001 - RM150,000 - IPR & Subsidi
Tier 3 RM150,001 - RM300,000 - Subsidi sahaja
Tier 4 RM300,000 ke atas - ...
Perlu diingat, ini pendapatan kena cukai. Bukan pendapatan kasar. Kalau buat begini, baru subsidi itu boleh dikata bersasar.
Sebab ada yang bergaji besar tapi tanggungannya ramai. Orang ini lebih miskin sebenarnya daripada yang bergaji kecil tapi tanggungan sedikit.
Jangan terus nak kerat subsidi begitu sahaja. Kena fahami sentimen dan situasi rakyat dulu. Guane boh?
Raja Gelap
.