Sanusi kata tindakan DS Anwar dedahkan nama syarikat yang akan
terlibat dengan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) tidak tepat.
Kerajaan Persekutuan perlu dapatkan maklumat daripada kerajaan negeri dahulu.
Sanusi tak perasan. Yang sebenarnya tidak tepat salah tindakan
dia sebagai Menteri Besar umumkan tentang projek itu terlebih dahulu sebelum
merujuk kepada Kerajaan Persekutuan. Sepatutnya adakan dahulu perbincangan baru
umum.
Sekarang ni dia main umum. Kerajaan Persekutuan pula yang kena
cari info. Mana dia belajar? Bukan begitu prosedur sepatutnya. Bila dia dah
umumkan, maka Kerajaan Persekutuan akan buat semakan berdasarkan apa maklumat
yang ada.
Disebabkan tiada maklumat yang diberikan, maka Kerajaan
Persekutuan kata tak boleh buat. Lepas tu dia sibuk salahkan kerajaan
persekutuan. Fitnah konon Kedah dizalimi. Sedangkan dia yang gila nak
publisiti. Sebab tu tak menyempat.
Sanusi ingat dia siapa? Dia ingat level dia tinggi sangat ke
sampai Kerajaan Persekutuan yang kena tanya dia? Bila tak dilayan meroyan.
Koyak habis. Ini macam punya orang pun boleh jadi MB? Mana PAS dapat pemimpin
macam ni?
Masalah KXP ni boleh selesai kalau Sanusi sedar diri dan belajar
hormat orang. Kalau perangai jenis tak reti nak berdiplomasi, memang yang rugi
rakyat negeri Kedah sendiri. Buat projek ikutlah prosedur. Bukan hentam keromo.
Guane boh?