Dakwaan Hamzah retorik, ragu sanggup dipenjara - Rafizi



Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyatakan keraguannya sekiranya Hamzah Zainudin sanggup mengambil risiko untuk dipenjarakan demi mendedahkan fail-fail yang didakwa disimpan sejak menjadi menteri dalam negeri. Rafizi berkata, dia melihat dakwaan Hamzah tidak lebih sekadar retorik kerana mempertaruhkan diri sendiri sekiranya memilih untuk mendedahkan fail-fail berkenaan.