Ahli parlimen PAS hilang kewarasan bila tak dapat berkuasa.
Pertama sekali, MP PAS ini membuktikan dirinya adalah seorang yang tak
bertanggungjawab. Seorang yang bercakap tanpa kepastian.
Sebelum ini terpaksa minta maaf kepada penyanyi Baby Shima atas
tohmahan yang dia lontarkan dan semalam, tarik balik kenyataan kerana
perkatakan sesuatu yang tak pasti. Dah biasa sangat mereka ni bercakap tanpa
berfikir nampaknya.
Aku mulanya nak kongsi videonya tapi download tak lengkap. Pun
begitu, video ini telah tersebar luas dan banyak page yang dah kongsikan.
Pertama, tanpa rasa berdosa, dia tuduh perarakan sempena Hari
Wanita membabitkan LGBT. Kedua, dia mengaitkan perarakan itu dengan kerajaan.
Dia tuduh seolah-olah kerajaan berikan kebenaran. Sedangkan
acara itu dianjurkan oleh Badan Bukan Kerajaan. Berita lanjut di https://bit.ly/3mV1bVs.
Mujurlah ada Speaker Dewan yang tegas dan bijak. Itu pun pada
awalnya bila ditanya, dia mengaku dia pasti perarakan itu ada unsur LGBT.
Tapi bila Speaker kata nak semak dan kalau tiada dia boleh
dikenakan tindakan, terus tukar, kata tak pasti pula. Sama macam kes Baby
Shima. Bila kata nak ambil tindakan, terus U-turn.
Sebagai peringatan, perkara yang sama pernah juga berlaku pada 9
Mac 2020 ketika pentadbiran PN. LGBT ikut sama perarakan Hari Wanita. Tapi
ketika itu pembangkang tak gunakan isu itu untuk fitnah kerajaan.
Malahan seorang artis pro LGBT, Billie Eilish juga pernah
diberikan kebenaran membuat konsert di negara ini ketika PN ada dalam kerajaan.
Dan sekali lagi, PH tak ambil kesempatan untuk memfitnah kerajaan.
Tapi pembangkang sekarang nampak sangat suka fitnah dan berniat
jahat. Perkara yang tak pasti pun mereka boleh selamba kata pasti. Makhluk
begini yang boleh merosakkan negara.
Kejadian begini sepatutnya membuka mata rakyat betapa ahli
parlimen PN tidak pedulikan fakta dan tak takut dosa dalam mereka fitnah.
Mereka hanya takut tindakan dunia. Bukan akhirat.
Ini bukan kali pertama. Dah berapa kali mereka buat perangai
begini. Dan semestinya bukan kali yang terakhir. Rakyat perlu jadi bijak dan
tolak pembuat fitnah seperti pemimpin PN. Guane boh?