Mahiaddin tak perlu hina Reformasi. Kalau bukan sebab
demonstrasi jalanan zaman Reformasi dulu, Malaysia masih dicengkam diktator.
Tengok hari ini, Mahiaddin sebagai pembangkang dapat liputan
meluas media. Bagaimana perkara ini berubah? Sebab demonstrasi jalanan yang
dibuat.
Kalau dulu, dah kena sumbat dalam ISA dah dia ni. Tapi sekarang,
boleh dia bebas berucap sana sini fitnah dan kutuk kerajaan. Dasar tak kenang
budi!
Dalam ruangan komen aku baca ada penganut PN yang kutuk DS Anwar
kata dulu berdemonstrasi menentang BN atas sokongan PAS. Sekarang lawan PAS dan
bentuk kerajaan dengan BN.
Dia lupa, PAS yang menyokong dulu ada almarhum TG Nik Aziz dan
Ustaz Fadzil Noor. PAS yang itu dah mati sekali dengan pemergian dua tokoh itu.
Manakala BN yang kita tentang dulu ada Mahathir. Sekarang
Mahathir di luar. Malah Mahathir kini lebih menyokong PN berbanding PH. Guane
boh?