LAWATAN ANWAR GAGAL?- SIAPA KATA GAGAL ?USAHA TARIK PELABUR TELAH BERJAYA


 Pembangkang yang mendakwa lawatan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab saudi gagal kerana tidak bertemu Raja Salman Abdulaziz Al Saud dan Putera Makhkota Mohamad bin Salman sebaik baiknya memeriksa hasil lawatan tersebut.

Menurut Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, lawatan Anwar yang dibanding dengan hasil kunjungan bekas PM Mahiaddin Yassin jelas sekali tidak kena kerana misi delegasi Malaysia adalah untuk menarik pelabur Arab, bukannya semata mata pertemuan politik.


"Mengapa begitu kecil jiwa kita menilai kejayaan atau kegagalan lawatan PM Datuk Seri Anwar ke Saudi? Tidakkah boleh kita melihat kejayaan PM dalam tempoh hanya 3 hari lawatannya ke Saudi?


"PM mengadakan pertemuan dengan OIC dan Liga Muslim Dunia di Makkah

"Menyaksikan pemeteraian tiga Memorandum Persefahaman (MOU) antara Dagang Nexchange Bhd dan Ajlan & Bros Holding Group Co; Dewan Perniagaan Antarabangsa Kuala Lumpur dan Wadi Makkah Knowledge Co; dan Qhub International Sdn Bhd dan Eromman Technologies Sdn. Bhd.


"Juga mendengar taklimat ahli perniagaan Malaysia mengenai penglibatan meluas mereka dalam bandar futuristik Neom, projek mega terbaru Arab Saudi, dan pelbagai peluang pihak industri dari Malaysia di sana," kata Dr Agus dalam satu kenyataan.





                   Misi utama DS Anwar bertemu pemain utama industri di Arab Saudi


Dr Agus menolak kejayaan lawatan mengikut definisi pembangkang mengikut satu per satu apa yang dilakukan Mahiaddin 2 tahun lalu, iaitu bertemu Raja Salman melalui sidang video atau dijemput masuk ke dalam Kaabah sebagai penghormatan pemimpin negara.


Tambah beliau, kerajaan Arab Saudi telah pun meminta lawatan PM dipanjangkan 2 hari lagi untuk pertemuan bersama Raja Salman dan Putera Mahkota yang telah mengubah jadual asal mereka, tetapi PM terpaksa pulang kerana dijadualkan menghadiri majlis iftar bersama Yang di-Pertuan Agong pada 25 Mac, lawatan ke Kemboja pada 27 Mac serta lawatan ke China pada 29 Mac bertemu Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Qiang.




Tiga MoU kerjasama syarikat Malaysia - Arab Saudi berjaya ditandatangani


"Tidakkah padat jadual itu? Tidakkah melibatkan perubahan besar jika ditangguhkan kepulangan dua hari lagi? Fahamilah kekangan masa PM kita yang bekerja kuat untuk negara," katanya.


Mengenai hujah Raja Salman kononnya tidak suka kepada Anwar, Dr Agus berkata, Ketua Negara Arab Saudi itu adalah antara yang pertama menghantar perutusan tahniah sebaik sahaja Anwar diangkat sebagai PM. Manakala Putera Mahkota pula menzahirkan agar rakyat Malaysia terus sejahtera di bawah kepimpinan PM yang baharu.


Justeru, Dr Agus menolak cara pembangkang berpolitik yang memainkan isu remeh temeh untuk sengaja memalukan PM.


"Bermain politik pun janganlah sampai ke tahap dendam dan benci. Kita sama-sama perlu menjaga imej dan hubungan baik dua negara (Malaysia - Arab Saudi).


"Jika tidak berpuas hati juga dengan hasil lawatan dan kos lawatan PM ke Arab Saudi, tanya PM sendiri di parlimen. Setiap Selasa PM sedia menjawab.


"Jangan pula tidak datang masa itu. Dari situlah, baru rakyat tahu apa sebenarnya isu yang dikecohkan oleh pembangkang ini," lata Dr Agus lagi.

 

No comments: