DIA PULAK NAK AJAR RAJA RAJA MELAYU- PADA HAL DIA ANTARA YANG DOK BUAT HAL DALAM MASJID-WOIII LEBAI..SEDARLAH DIRI...KETUA AGAMA ADALAH SULTAN.


 ZAINUDDIN OMAR


Mohonlah tauliah.

*************
Bekas calon PAS dalam PRU lalu mencadangkan para mufti di negara ini menasihati sultan dan raja Melayu dalam isu pentauliahan penceramah agama.

Kata Ahmad Dusuki Abd Rani isu tauliah kepada penceramah agama boleh diselesaikan jika mufti terbabit mencari titik penyelesaian mengenainya.

Jika tidak dakwanya isu tersebut boleh menjadi punca perpecahan umat Islam di negara ini.

“Lebih baik raja-raja bertemu dan bincangkan isu pentauliahan ini.

"Lagipun Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pun sudah ada, jadi ia (isu pentauliahan) perlu diselaraskan setiap negeri," katanya dipetik Utusan Online hair ini.

Dia yang menjadi antara personaliti yang dibatalkan tauliah mengajar oleh Jabatan Agama Islam Selangor turut mempersoalkan "logik" jika ada seseorang penceramah tidak mendapat tauliah selepas mengajar lama.

Malah Ahmad Dusuki turut mengaitkan isu berkenaan dengan persoalan hormat orang ramai kepada sistem beraja di negara ini.

"Bayangkan kalau ada seorang guru yang sudah berpuluh tahun sebelum ini berceramah, mengaji dan mempunyai ilmu tetapi tiba-tiba kata dia tidak dapat tauliah.

"Adakah itu logik? Semua ini boleh menyebabkan masyarakat berpecah belah dan hilang hormat kepada sistem beraja,” katanya.

Bekas calon PAS untuk kawasan DUN Kota Anggerik di Shah Alam pada PRU ke-14 itu mengulas isu pentauliahan kepada penceramah agama yang menjadi polemik sesetengah pihak baru-baru ini.

Selangor merupakan antara negeri yang melarang penceramah politik memberikan kuliah atau ucapan di masjid dan surau bagi mengelakkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Selain Selangor antara negeri yang turut mengenakan arahan itu ialah Terengganu, Perak dan Wilayah Persekutuan.

Kata Ahmad Dusuki isu tersebut perlu diselesaikan dengan melihat pelbagai aspek bagi mengelak masalah lain.

Pada masa sama dia
 menegaskan ketika ini ada pelbagai wadah boleh digunakan oleh penceramah untuk "berdakwah".

“Kita perlu ingat medan dakwah sekarang lebih terbuka dengan kemunculan pelbagai platform. Kalau ada pihak nak sekat mereka berceramah, masih ada saluran lain, YouTube contohnya.

“Kita tidak mahu ada satu gelombang gerakan yang akhirnya menimbulkan perpecahan,” katanya yang pernah menjadi timbalan ketua Dewan Ulama PAS Selangor.