BAJU MAHAI PUN HANGPA NAK SALAHKAN KERAJAAN...

 

Soal baju raya mahal ni, tak boleh salahkan orang lain selain pembeli sendiri. Sebab pembeli tetap beli walau tahu baju tu overpriced.

Contoh aku ambil pasal tudung. Ada mangkuk yang jual tudung bongok gitu je sampai beratus ringgit. Tapi sebab yang jual tu selebriti, berebut orang beli. Sebab nak tunjuk dia terpaling ikut trending.

Next apa yang berlaku? Bila ada orang lain nak jual tudung, dia akan jual lebih murah ke lebih mahal? Tak mungkin lebih murah. Sebab penjual tahu lagi mahal lagi orang berebut. Cara nak kaya cepat.

Corak penjualan ini takkan tamat selagi pembeli yang tak guna akal ketika membeli masih wujud. Ia boleh ditamatkan hanya bila pembeli sedar yang mereka dibuli oleh penjual tamak.

Tak salah pun pakai baju trend lama. Orang lelaki punya baju raya dari tahun 1920an hingga sekarang begitu juga fesyennya. Tetap meriah beraya. Tetap sah solat sunat hari raya. Tak pula mati di pagi raya.

So tahun ni, jom kita bertekad jadikan para penjual tamak ini rugi. Jangan beli kelengkapan raya yang terlajak mahal. Biar sales mereka turun. Itu akan paksa mereka turunkan harga nanti.

Gunakan hak sebagai pengguna. Trend tak akan bawa kita ke mana-mana melainkan ke AKPK sebab terpaksa berhutang sampai tak mampu bayar demi nak nampak macam ikut trend semasa sangat.

Lebih baik gunakan duit beli baju mahal itu untuk persekolahan anak atau beli makanan. Guane boh?

Raja Gelap

.