BIAR PROBONO BUAT KERJA: MENTERI MULTIMEDIA DAN DIGITAL TAK CAKAP APA APA- KESIAN BETUL ANWAR KEJAP J-KOM-KEJAP SU POLITIK.KAU JADI MENTERI MASUK JA LAM TV MAKLUMKAN.

 

*KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA POLITIK PERDANA MENTERI*

𝟮𝟲 𝗠𝗔𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟯

 

Saya mengambil maklum terhadap suara-suara dari beberapa pihak berkepentingan yang sengaja mempolitikkan isu berkenaan lawatan rasmi YAB Perdana Menteri ke Arab Saudi baru-baru ini. 

 

Saya terpanggil untuk menjelaskan perkara ini tatkala saya turut bersama dalam delegasi bersama Perdana Menteri ke sana. 

 

Jadual Perdana Menteri sangat padat dan tersusun di mana beliau mengadakan pertemuan dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan badan Liga Muslim Dunia di Makkah selain menyaksikan beberapa pemeteraian MoU penting melibatkan lapangan perniagaan dan industri selain menekuni beberapa permasalahan mendesak yang merundung dunia Arab dan Islam dan juga menyantuni komuniti serta mahasiswa Malaysia di Arab Saudi.

 

Meski cubaan mereka untuk menggariskan lawatan berkenaan sebagai satu bentuk kegagalan dan pembaziran dana rakyat, saya ingin menegaskan bahawa lawatan tersebut sangat berhasil, malah memperkukuh hubungan Putrajaya-Riyadh meski dalam tempoh yang singkat Perdana Menteri di tampuk pemerintahan. 

 

Ingin dimaklumkan juga pihak kerajaan Arab Saudi telah meminta untuk lawatan ini dilanjutkan bagi menyusun pertemuan dengan pimpinan kerajaan Arab Saudi. Namun, Perdana Menteri terpaksa menolak secara baik kerana beliau telah dijadualkan untuk hadir ke majlis berbuka puasa bersama KDYMM Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semalam dan akan melakukan kunjungan rasmi ke Phnom Penh, Cambodia pada Isnin ini, seterusnya Hainan dan Beijing pada Rabu bagi bertemu Presiden Xi Jinping dan rakan sejawatnya Premier Li Qiang. 

 

Saya menggesa kepada pihak yang kekontangan modal dan bankrap isu untuk menghentikan polemik ini dan bersama mendukung usaha dan upaya Kerajaan Perpaduan dalam memperkukuh imej Malaysia selain memantapkan kerjasama dan hubungan luar negara. 

 

#MalaysiaMADANI 

 

AHMAD FARHAN FAUZI

Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri

 

 


No comments: