MAHIADDIN DAN WAN FAYSAL BAKAL KENA SAMAN

 

AMIN AHMAD







Kebelakangan ini timbul dakwaan kononnya Pakatan Harapan (semasa Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan) telah membatalkan pengecualian cukai kepada Yayasan Al-Bukhary. Dakwaan ini pada mulanya dibuat oleh Tan Sri Mahiaddin Yassin, ahli parlimen Pagoh merangkap Pengerusi Perikatan Nasional dan Presiden Bersatu. Kini diulang oleh Wan Ahmad Fayhsal, Ketua Pemuda Bersatu.

Jawapan kepada perkara ini telah dikemukakan di Dewan Rakyat. Semakan status pengecualian cukai Yayasan Bukhary sebenarnya boleh dibuat di https://www.hasil.gov.my/en/quick-links/services/donation.

Yayasan Bukhary bukan saja tidak pernah dihentikan taraf pengecualian cukai yg diberi sejak 1/3/2000 sehingga 30/6/2023, malah saya difahamkan kelulusan ini telah dilanjutkan sehingga 30/6/2028.

Satu tindakan jenayah dan sivil telah dikemukakan oleh Lim Guan Eng setelah Tan Sri Mahiaddin gagal menarik balik dan memohon maaf atas dakwaan salah ini. Berkemungkinan Wan Ahmad Fayhsal juga akan menghadapi perkara yang sama jika gagal berbuat demikian.

 

No comments: