LAGI LAMAN WEB FITNAH MUNCUL- PANDAI DIA DOK BUAT CERITA- NANTI PDRM LIBAS ADMIN...TUNGGU TAK LAMA KAU KENA LIBAS


 

Ini siaran mana? Sehari sebelum puasa pun dan lagi dia buat fitnah ye?

Nurul Izzah dikatakan dipindahkan daripada PMO ke Menara Petronas dan menjawat jawatan sebagai Penasihat PM di Petronas. Ini agak kelakar sikit.

Jawatan Penasihat PM memang ada. Penasihat Petronas pun ada. Tapi jawatan Penasihat PM di Petronas ni kedengaran agak pelik dan kelakar.

Apa penasihat PM buat di Petronas? Kalau nak buat fitnah pun biar yang logik dan boleh diterima akal.

Apa yang berlaku, Nurul Izzah telahpun melepaskan melepaskan jawatan Penasihat PM yang dipegang secara pro-bono iaitu tanpa menerima bayaran.

DS Anwar pula telah melantik 5 tokoh profesional sebagai Badan Penasihat Khas Menteri Kewangan, juga secara pro-bono. Badan penasihat ini pula melantik Nurul Izzah untuk mengetuai sekretariat.

Semasa menjadi Penasihat PM, Nurul Izzah tidak mempunyai pejabat. Apabila dilantik sebagai ketua sekretariat penasihat PM, baru beliau ada pejabat.

Dan pejabatnya itu berada di Menara Petronas. Jadi bukanlah Nurul Izzah dipindahkan ke Petronas tapi sebaliknya beliau telah diberikan jawatan baharu.

Perlu diingat lantikan dibuat oleh Badan Penasihat Khas Menteri Kewangan. Bukan oleh PM sendiri.

Semakin menjadi-jadi fitnah oleh musuh. Mungkin mereka kepanasan keran tak jumpa silap kerajaan ini jadi mereka tergamak mencipta fitnah.

Orang yang gunakan fitnah sebagai senjata adalah orang yang tidak beriman kepada Hari Akhirat. Mereka tak takut balasan siksa hang Allah janjikan. Guane boh?

Raja Gelap

 


No comments: